Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami
isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada
si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan
saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang
terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam
bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan
setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya
masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang
bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang
bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak
mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku
masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan
koma itu…..
p/s : Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak
berkurang kerana kekurangan
No comments:
Post a Comment