Perlu Ke Pakai Stokin Ni?

Assalamualaikum. Today, I nak share something. Kesedaran nak pakai stokin (sarung kaki) tu ada sejak part one masa kat uitm. Terasa nak pakai. Tapi sekejap je tahan, belum istiqamah. Sampailah dua or tiga sem aku tak pakai stokin. Kalau pakai pun kejap pakai kejap tak. Oh. Tiba-tiba ada rasa malu dan segan bila mula pakai stokin ni. Bukan senang nak istiqamah sebab kita kena positifkan minda kita dulu. Alhamdulillah pada semester lima aku fully pakai stokin. 

Wajib ke pakai stokin ni? Tak. Tak wajib. Benda yang wajibnya menutup aurat. Kaki tu aurat. Bila hati dah terdetik nak pakai stokin tu, bila nampak orang lain yang pakai stokin je, senang je hati tengok. Dalam hati aku kata, 'Elokknya pakai stokin, takde orang nak halang pun. Kalau dia boleh aku mesti boleh'. But, kalau kita pakai just nak tunjuk kat orang, tersimpang jauh la tu. Pakai niat kerana Allah swt. Subhanallah, bila pakai stokin  rasa tenang dan selasa. 

Seingat aku dulu, sebelum part 5 semasa kat uitm aku pakai stokin. Bila balik je rumah kalau keluar, letak tepi sebab ada rasa malu dan segan kat family. Tak istiqamah macam tu je. Bila nekad nak terus pakai stokin, aku ada cara untuk selesakan diri. If bila kat rumah, nak pergi keluar pun alhamdulillah dah boleh sarung dah stokin tu. Caranya, aku pakai kasut. Kalau pakai kasut, maybe orang tak perasan kita pakai stokin tak. Em. Aku selalu motivate diri aku macam ni. 

"Alang-alang dah pakai kasut yang dah sememangnya tertutup kaki tu, baik pakai stokin. Alang-alang dah kan"

Sebabya, bila kita pakai kasut, kita melangkah tangga yang tinggi ke, still terselak kain tu dan ternampak betis kan. Terdedah dah tu. Kalau pakai stokin boleh la elak perkara tu. Lain la kalau pakai seluar. Kalau pakai stokin, berjalan pun selesa. Tak melecek. Jaga kaki.

Seterusnya, aku ambik aura dari kawan-kawan yang dah sememangnya pakai stokin ni. Ambik semangatlah. Muhasabah diri balik. Dorang sangat awesome. Aku tengok dorang tak kisah pun apa orang nak cakap. Yes. Bila kita percaya diri kita, kita boleh buat.


But, ok je kalau nak pakai sandal ke selipar ke janji tertutup. Ramai je aku tengok yang pakai sandal dengan stokin, cool je. Sekarang, Alhamdulillah ada rakan-rakan yang dah mula pakai stokin dan handsocks. Kadang-kadang terjadi jugak kan pakai semua dah perfect, handsocks but kaki tak tertutup. Itu pun pernah terjadi pada aku. T.T. Satu lagi, pakai tudung dada jangan lupa tutup.

Atas dasar kesedaran diri sendiri, aku cuba nak share benda ni. Bukan nak berlagak ustazah. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk ataupun nak membangga diri  sebab aku pun bermula dari jahil.  still tak sempurna. Masih banyak kekurangan. Tapi, cuba untuk perbaiki diri. 

Apa-apa pun doa itu penting. Allah swt suka hambaNya yang meminta kepadaNya. Bersungguh-sungguh. Berharap pada Allah swt bukan pada manusia. Jadi, jomla kita sama-sama menutup aurat. Kita mampu mengubahnya.  :)


p/s: Perlu tak perlu, terpulang pada anda. Tapi, wajib kita yakni kaum hawa menutup aurat. peace :)

Lagu Kegemaran Terkini

Banyak lagu-lagu Melayu popular sekarang nih. Indon ade terselit jugak. Ehem, Lagu English aku tak layan sangat yang latest. Kureng. Ada beberapa buah lagu yang pasti ramai minat dan suka dengar. Yang aku suka dengar sekarang ialah : 


1. Rindukanlah - OST Playboy Itu Suami Aku by Encik Mimpi

2. Pencuri - Mark Adam

3. Takkan Terpisah - Black

4. Lepaskan - OST Diandra by Wanna Ali 

5. Nomad - OST Love You Mr Arrogant by Nomad

6. Saranghamnida - OST Saranghae I Love You by Astrid dan Tim Hwang

7. Infiniti Cinta - Zizan feat Kaka

8. The Jounas Monkey - Jadian

9. Akim - Menunggu


Dan apa yang pasti, you all mesti dengar zikir terapi selawat dari Imam Muda Najdi. 



Korang boleh la download kat youtube ke kat mana-mana ke sebab memang syahdu tersentuh. Nanti cubalah hayati zikir-zikir tersebut. In Shaa Allah,.

p/s: Okay, dengar lagu-lagu ni kalau bosan

Seronok Tengok Senior Konvo

Assalamualaikum. Bestnye konvo. Dapat kumpul ramai-ramai. Jumpa kawan-kawan lama. Maybe. Semalam, yakni 11 November 2013, geng senior uitm machang konvo. Mesti best. Aku tercari-cari nak tengok gamba konvo dorang. So, sempatla aku chatting dengan senior kegemaran aku ni. Ehem. :) Muhammad. Tanya dia macam mana konvo, best tak. Excited ! . Aku kenal dia dari part 1 ke part 2 macam tu. Part 2 kot sebab dia yang bagi buku-buku part 3 kat aku, :) Free kot. Dia sekarang kat UiTM Johor ambik degree dalam record. Berlambak jugak soalan aku tanya  kat dia. Alhamdulillah dapat tengok senior-senior IM dan kos yang lain konvo. In sha Allah, kalau ada umur yang panjang bolehla merasai hari konvokesyen. Nak bagi family aku rasa apa yang aku rasa selama belajar kat Uitm dan berkongsi kegembiraan. Eh boleh ke? Boleh la. 

Btw, pernah la jugak pergi majlis konvo institusi lain, Tapi mesti tak sama dengan Uitm. Aku pernah pergi yang kakak aku punye konvokesyen KIST. Boleh tahan lama jugak menunggu. Semua family aku pergi la. Lima orang je la. Ma dengan abah masuk dewan, aku dengan adik tunggu punye tungu kat luar tu, Hm. Merasa la jugak. Tapi, aku nak jugak rasa konvokesyen Uitm ni, In sha Allah.  



p/s: Ape pun, tahniah semua yang berkonvo dan selamat maju jaya. :D





Berakhirnya Diploma IM110 UiTM Machang Kelantan

Alhamdulillah setelah selama dua tahun setengah aku telah berjaya menamatkan pengajian diperingkat diploma sepenuh masa dalam jurusan Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Cawangan Machang, Kelantan.  Bermula dengan semester 1 sehinggalah semester 5. No practical. Alhamdulillah. Sepanjang pengajian aku telah lalui perit getir hidup bergelar seorang pelajar. Bertemankan rakan satu sekolah pada mulanya, kemudian, rakan sebilik, rakan sekolej, (!), rakan sekelas, rakan sefakulti, rakan sepersatuan (!), dan para pensyarah, mewarnai lagi hidup aku. Asyik tersenyum kerana karenah-karenah mereka. Pertama kali menjejak kaki ke tanah UiTM Machang seperti rusa masuk kampung, tidak tahu apa-apa, selok belok jalan pun seakan besar dan panjang perjalanan walhal bila lama kelamaan terasa kecilnya UiTM ni. Kalau nak menaip pun bukan ada yang sanggup baca, so aku nak kongsi gambar-gambar yang sempat diambil semasa kejadian yang berlaku dari semester 1 hingga semester 5.

SEMESTER 1

Kenal UiTm, dapat kenal kawan baru, start join aktiviti, 
dapat family angkat pertama



SEMESTER 2

Pegi kelas same-same, buat assignment kat luar,
 balik rumah dengan kawan, join program



SEMESTER 3

Program persatuan, pergi kem ko, dinner,
 kawan makin bertambah, assignment



SEMESTER 4


Banyak aktiviti, dapat family angkat lagi, dinner, 
buat majalah, pergi kem leadership, assignment




 SEMESTER 5




Assignment, dinner, program, carwash, 
 makan-makan, makin rapat :)



p/s: This is UiTM. Takkan lupakan kenangan bersama rakan-rakan kerana mereka telah mewarnai hidup aku. cehh.. :)









UiTM : Result Final Sem Diploma

Assalamualaikum, nak cerita ni.. nak cerita ni.. Dari hari dapat tahu result nak keluar tu, dah tak senang duduk dah. Terhitung-hitung pulak hari. Kalau dapat tahu dekat-dekat tarikh takpe jugak taklah tension mau mikiq nyo. Apa-apa pun, result tetap result, keluar macam biasa. Eh kali ni bukan macam biase, Awal kot. Gulp. Omg Omg Omg. Gelabah dah. Tup tup, kawan-kawan sorang.. sorang.. sorang.. post kat fb. Hua. Aku check email takde lagi. Lagi tak senang duduk. Time ni ma aku tak tidur lagi, maybe dia nak tengok aku punye result terus malam ni.

Last sekali jam 11 nak dekat jam 11 45 aku tengok email. Adela 1 email, aku tengok ade 1 email. Gulp. Bukan kot ni. (Sedapkan hati). Bukak-bukak, ehem Uitm. Dengan lafaz bismillah aku bukak. Biarpun terketaq ketaq jari aku (cerita benar ni). Tak sangka. First time aku tengok result nak menangis sebab tak percaya. Alhamdulillah.. Time tu ma kat dapur, then ma pun datang kat aku, aku tunjuk. Adik aku pun ade sekali, abah dah tidur --, . Akhirnya sem last ni aku buat paling baik dari sem-sem lepas. Aku cium pipi ma. Happy sangat. Lepas tu baru aku teringat nak tengok Lulus semua subjek tak. Haha. Then nampaklah ANC (Vice Chancellor Award). My big day sungguh.. Ramai rakan-rakan yang dapat ANC dan DL. Tahniah juga buat anda semua. Madam Noor (KK) bagitau kos IM110 yakni budak-budak Uitm Machang ni 16 orang dapat ANC, :) . Tinggi-tinggi oh result depa. Kalah cheq. Tahniah dan tahniah  semua!

Tak sia-sia usaha aku sepanjang 5 sem kat Uitm Machang ni. Ada juga rakan-rakan aku yang takleh DL, kecewa,. tapi aku pasti diorang masih ade rezki yang lebih baik untuk diorang. Hope dorang tak berputus asa dan yang mana berjaya ingattt jangan riakk.. Ika jangan riak.. Sekarang hanya tunggu untuk panggilan degree pulak, kemudian insyaAllah konvokesyen yang ke 80 uitm. aw :)


p/s: Kejayaan tak datang berlenggang lengook tanpa didahului oleh usaha kita. :) And, jangan terus maintain aje, sentiasa improve and improve. Ingat ye ika. :)




Salam Maal Hijrah

1 Muharram Detik Permulaan... 1435 H


p/s: Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...