Konvokesyen UiTM Kali ke 86 (Degree)

Assalamualaikum,

Aku mula dengan konvokesyen degree 20 April 2017,setelah habis belajar dekat UiTM Puncak Perdana dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod dengan Kelas Pertama. Nak taip ape eh. haha. Okay aku punya slot untuk konvo ni ialah Istihadat Konvokesyen UiTM kali ke 86, berlangsung di DATC UiTM Shah Alam, Sidang 10, Pukul 10 pagi. Macam biasa, semua family aku ikut sekali dan menumpang sekejap dirumah makcik belah mak aku dekat Seksyen 19 Shah Alam. 

Malam sebelum konvo mestilah excited kan. Prepare baju, tudung semua. Bukan aku sorang, family aku pun tak sabar untuk hari esoknya. Baju yang aku pakai tu special sikit sebab baju tunang. OPS! Nanti aku buat entry untuk majlis pertunangan pulak. Ok sambung. Ok pagi macam biasa kena bangun awal lah kan, sebab nak pegi ke sana agak jem. Guess what, aku sampai lambat.

Perjalanan pun dah slow, dah nak sampai pulak mak aku nak pergi toilet pulak. Teman pergi toilet jap. Aku dah nervous dah takut lambat. Dah sampai kat atas tu, aku lupa pulak belah mana aku kena masuk, A ke B. HAHA. Aku sampai je orang semua dah beratur, aku kena tahan la kat tepi sebab kena tunggu aku punya barisan nombor giliran tu bergerak masuk ke dewan. Baru dorang senang nak susun, tak ada lah kau terkejar-kejar nak cari barisan kau. Tapi jangan la lambat kalau boleh. HAHA. Fuh malu pun ade tapi ade lah geng-geng yang datang lambat jugak. Bestnya bila kau kat tepi tengok barisan tengah gerak kau dapat jumpa kawan-kawan kau. HAHA. So dorang kru akan tengokla dulu kau punya kad nombor giliran, kalau tulis ANC, kena pakai siap-siap. Distulah kebangganku. HEHE.

So kau dah masuk barisan elok-elok masuk dewan dan duduk untuk upacara istihadat dijalankan. Okay semua berjalan lancar, family dok tanya bila nak muncul. HAHA lambat.. nama kite S. Kesian family tunggu tau panas-panas. So bila dah dekat turn kita, kita diarah beratur keluar ikut barisan tadi, tunggu kat tepi dewan. Bila dah dekat pintu dewan serahkan kad nama kita, dia akan baca bila kita dah kat pentas tu, So nervous ramai orang. Bila nama dah dipanggil tu rasa bangga berjalan didepan pensyarah-pensyarah kita dan semestinya dihadapan ma abah :') Ok dah habis. Bila dah settle sempat berselfie bersama kawan-kawan kat dalam dewan, keluar untuk bersama keluarga pula. Tapi Encik Tunang pun ada sekali sambil datang photoshoot budak-budak konvo. 

So, everything settled. I'm happily convo at that time ! :) 


I'm Back !

Ya Allah, selepas beberapa tahun tak aktif, terdetik dalam hati ni nak bukak blog ni semalam ! HAHA Lama gila. Dulu aktif buat blog masa zaman bujang NOW dah kahwin dah dah ada anak .. fuhh.. Macam nak story semua benda tau..

Ok next time ada masa kita kembali lagi.. Assalamualaikum ~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...