Sebenarnya. .

Tak sabar rasanya nak cakap yang " Sebenarnya saya isteri dia !! "

^.^



p/s: wehee ;)

Bahagiamu Deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa kuterima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkan ku perlahan-lahanku terima
Semakin kusakit semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguhku tak sangka
Dia membawa jantungku bersamamu


                                      



Aigoo~

Semalam aku ngan ma dan abah pegi kat pasaraya. Beli makanan dan keperluan yang lain tuk bawak nnti masuk uitm minggu depan. Nak dijadikan cerita, aku baru je masuk pintu masuk tu, then aku jalan sikit nak cari barang. Zup! aku pusing nak patah balik. Dush ! (siap ada bunyi kan), terlanggar seorang laki nih. Eee apela aku nih.. Nak pusing taknak tengok belakang dulu, dah laki tu pun melulu je jalan kat belakang aku kenapa. Aiyoo. Terus aku cakap sori2 and ma aku ternampak gak,. Ma cm mitak maaf gk. Tau la laki tu tak sengaja, tapi kuat la terkena blkg aku. Lepas tu pulak, aku dari arah sini nak pergi ke rak yang lain. Dia ade kat situ, dengan bini dia kot. Kuat pulak dia cakap kat bini dia, "tu budak tu la". sambil sengih2 tunjuk aku. ee. Pusing2 dalam pasaraya tu, terserempak lagi. Kali ni perempuan tu tengok semacam je kat aku. Ntah la, bini dia ke sape, bawak budak kecik. Laki tu pun dalam 25 tahun camtu. Tak blh blah langsung..  Dalam pada tu jugak selesai la aku membeli belah dan terus balik..


p/s: Salah sendiri, salahkan orang pulakk.. haha

Wedding Kak Long

Assalamualaikum. Terasa rindu nak update blog aku yang tercinta ni. Okay, berkait dengan tajuk entri nih, aku nak share lah sedikit sebanyak pasal wedding kak long aku yang berlangsung di kampung halaman aku kat Manek Urai. Awesome and wonderful. Akhirnya dia dah diangkat sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang dah 7 tahun dia kenal. Jodoh katakan takkan kemana. Aku la yang sedih pulak, dia lah kak long yang satu-satunya aku ada, kitorang nih dah macam kembar, yela walaupun beza 2 tahun tapi kitorang rapat. Sama-sama kongsi cerita dan sebagainye lahh. Untuk buat persiapan betul2, kitorang balik kampung awal. Kebetulan tengah cuti sekolah. Pakcik makcik yang tinggal kat kL, penang pun balik agak lewat disebabkan keje, so kitorang satu family n nenek ngan atok tolong skali. 

Malam akad nikah, 31 Mei. Agak berdebar tengok akak aku ni. Mujurlaa masjid dekat takyah nak debar2 sangat. haha. Aku lah yang bantu dia, pegang tu pegang ni. Tok imam/kadi ni nampak tegas giler, wali, saksi, apatah lagi bakal abg ipar aku ngn kak long mesti berdebar. Yela, dia buat interview kejap kat pejabat tu. Kitorang yang kat luar ni bersalaman ngn keluarga bakal abg ipar aku,. Abg Edy. Dah selesai, dorang keluar dari pejabat dan proceed ke acara akad nikah. Semua ambik tempat duduk,. Ingat terus akad, tapi tok imam/ tok kadi tu cakap nak bagi nasihat kejap. hmm, Dalam 5 minit lebih jugakk. Dia mintak semua selawat.. istighfar. Bagus jugak camni. Then dia terus bersalam ngan abg Edy. Mulalah diakad nikahkan Maizatul Shanida bt Zulkafli dengan Zubaidi bin Md Bakri. Selesai. Skali lafaz! dia sah jadi isteri kepada abg Edy. 

Selesai tu, semua keluarga abg edy pergi menjamu selera kat umah kami dan mulah bergambar untuk pembatalan air sembahyang. *Kenapa tak batal air sembahyang kat masjid td ?? Sebabnya tok imam kat sini tak bagi, lepas siap akad nikah haa boleh balik terus, tu la berlaku kat kg ni. Ramai yang cakap cmtu la.. Yang menariknya lagi, jikalau ADA pengantin perempuan yang pakai pakaian yang kainya JARANG, IKUT BODY/KETAT, no way terus pergi acara akad nikah, Dia akan bagi pengantin perempuan tu, satu baju jubah, hah pakai la, lebih afdal daripada pakai baju pengantin macam tu. Nampak macam 'ade ke patut macam tu'.. tapi ini lebih baik sebab diajarnya jugak cara-cara beradab di masjid. Betul tak? Tak betul takpelah.. huhu. Ni realiti, memang pernah terjadi. Mak andam yang pakai baju ketat pun tak di bagi masuk tau. :) *

Okay. Lepastu bergambar la kat pelamin. Ha, tema belah pihak kami warna merah putih. So, nnti semua pakai merah.. :) Dorang sangat sweet. :) 




masa yang ditungu-tunggu


dengan ma dan abah

bersalaman

nak jugakk






Hanya Aku


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku




p/s: Tetiba minat lagu nih time tengok cerita "Teduhan Kasih".. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...