Latihan Industri IJN 2015

Rasa rajin nak update blog sebab aku dah mula tanam anggur ! Hampir 3 minggu dah menganggur selepas habis semester yang terakhir iaitu latihan industri. Rasanya nak update jugak pasal latihan industri nih, maybe next time la kan sebab kali ni nak bercerita pasal latihan industri masa aku sem 5 dekat Institut Jantung Negara (IJN) sekali lagi..


So kali ni aku nak bercerita ringkas sahaja lah. Projek ni dijalankan selepas raya jugak iaitu 27 July 2016 - 4 September 2016. Projek kali ni ialah Culling and Disposal. Means proses mencari file untuk dilupus then simpan dekat store. Okay kami semua sekali berjumlah 39 orang kalau tak silap. Ngam-ngam satu bas pergi balik. So kali ni aku bukan dengan farah sahaja tpi ramai classmates yang join. Fizah tak join projek kali ni. Bila dah pernah join sebelum ni ada lah sedikit kelebihan iaitu tahu serba sedikit kawasan dekat situ. hihi. 

Projek kali ni dekat tapak projek IJN College jugak. Kami di bahagikan kepada berapa group ek. Ada team culling, team disposal, team scanning and etc. Aku team culling. Cari PMR (patient medical records). Sorang akan dapat satu list. List tu ade lah 80 PMR sorang sehari huhuhuhu Best buat cari ni aku suka sangat. :) Team aku dalam 8 orang mulanya. Dah lama sikit, tukar-tukar ikut sape yang senang hati nak ikut. 


so ni team culling *awal2 je nih 

FYI, team culling ni asyik busy je so dia akan banyak duk dekat storage cari pmr. Team dispose duk dalam bilik ofis sebab kena duduk ngadap PMR satu-satu untuk dispose dokumen yang ditetapkan. So agak best lah sebab team culling boleh berjalan hahaha. Kalau takde proses culling, kami akan berada ditapak projek untuk membantu team- lain untuk mengumpulkan PMR yang akan dilupuskan atau untuk disimpan dalam kotak. Memang main dengan kotak je lah. Proses dia macam ni secara ringkasnya : Team culling cari PMR dekat storage. PMR yang dikumpul akan diletakkan dalam kotak dan di scan oleh team scanning untuk senarai akan dilupus. Then dibagi pada team dispose untuk cari dokumen2 yang akan disposed dan simpan yang perlu sahaja. Lepas dah siap akan di simpan balik letak dalam kotak. Setiap kotak akan di tanda dengan nombor dan barcode kotak. Lepas dah siap proses scan, kotak itu akan di bawak naik untuk disimpan di store tingkat 5. Memang berdebu kat sana hanya untuk simpan PMR yang untuk dilupuskan sebelum dihantar ke warehouse. Kita orang pun suka naik tingkat 5 sebab naik lift. hahah

Lastly, projek ni berjalan dengan lancar lah. Di bawah naungan dua orang encik bos kami Encik Aysraf dan Encik Munzir. *Applause* dan jugaa staffs IJN yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Apa yang penting pengalaman dan memori yang tercipta. :)




Tingkat 5 bawak naik kotak-kotak dgn troli

Tapak projek

Last day at IJN !

Gonna miss all of them !



Bye

I'm seriously done with everyone. Good bye. :(

Tak Paham :'(

Tak paham dengan hati sendiri.
Tak paham dengan keadaan sekeliling.
Aku buntu.
Kadang hanyut dalam dunia sendiri.
Cipta masalah sendiri.
Aku alpa.
Jalan Dia dah bagi.
Tapi kenapa aku tak boleh menapak?
Jalan dah tersedia.
Apa yang aku tunggu?
Kadang benci.
Kadang risau.
Kadang senang.
Aku tak paham.
Aku sedar atau tak sebenarnya.
Aku tak tahu.
Mana yang baik.
Mana yang buruk.
Mana yang senang.
Mana yang payah.
Tak paham.
Aku tak paham.
Aku tak paham dengan cara aku.
Aku tak paham dengan cara aku pilih.


Sebab aku jauh dengan Dia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...