Degree Life at UiTM Puncak Perdana



Maka bermulalah bab yang baru dalam hidup aku sebagai pelajar ijazah (IM 246) di UiTM Puncak Perdana dalam bidang Pengurusan Rekod. Ya. Puncak Perdana Shah Alam. Aku akui ada yang tak tahu kat mana UiTM Puncak Perdana ni. Puncak Alam ke? Yea, dekat-dekat la but not Puncak Alam. Puncak Perdana ni kecik je tak besar Puncak Alam tu ya. But know what, I’m so grateful sebab aku dapat kat sini. Memang tak besar tapi Alhamdulillah. 

Okay first day aku datang daftar pagi. Gerak dari Persint 9, Putrajaya dekat rumah pakcik. About 45 minit dari sana. Sampai-sampai jumpa Ihsaan dan Tirah. Farah dah ada kat dalam. Geng aku yang memang nak satu bilik seramai 8 orang. Disebabkan kami sampai agak awal kena tunggu lagi 4 orang. Sampai dalam kul 9 tapi pergi daftar kul 10.30. -.- One by one sampai. Fiza, Aida, Anis dannn Fizah. Punya taat setia kami tunggu. Lastly, dapat bilik tingkat 5. Blok 4 Laman E Tingkat 5 Hujung Sekali, 20. Huhu. Masa nak daftar, banyak pulak borang nak kena isi. Pen pulak tak bawak. Settle semua masing-masing berpecah pergi ambil barang semua. Beg, baldi semua tak kurang sikitnya. Kesian ma abah kakak adik pakcik angkut barang aku yang banyak nih. :D Smpai bilik letak barang. Cantik gak. Comfortable la. Setup barang sikit-sikit lepastu pergi keluar makan kat kedai belakang. Kandang. Kandang tu tempat makan. Sebelum masuk sini aku pernah survey blog-blog senior pasal kandang. Ok stop. Lepas parking terus serbu kedai kat tepi je. Makan pun sikit je takde seleralah katakan. Dah abis makan family hantar balik kat kolej. Sebak time ni nak berpisah. Lagi-lagi mak kita. Tak pernah jauh-jauh dengan family. Ma cakap jaga diri, abah cakap takpe kan ramai lagi kawan tu.. Lepastu babaiibabaii.. semua balik. Aku naik atas kemas-kemas bilik. Hari tu takde buat ape. Rehat saja.

Oh ye. Kolej ni namanya Kolej Jasmine. Semua pelajar lelaki or perempuan duduk dalam satu kawasan nih. Semuanya 5 blok. Kolej 1 kolej lelaki, kolej 2,3,4 kolej perempuan, kolej 5 separuh perempuan separuh lelaki. Bunyi cam ngeri je campur lelaki perempuan kan. Tapi divided la. Rumah macam apartment. Satu rumah ada 3 bilik. 2 bilik air. Washing machine ada provide di setiap blok bukan rumah. Bilik pertama master room, empat orang. Setiap orang kena bayar RM210. Maknanya satu bilik RM840. Dua bilik lagi single room. Dua orang satu bilik. Satu bilik pun RM840. Setiap orang akan bayar 420 seorang. Gulp kan. Lain bilik lain bayarannya. Pengecualian bayar bilik nih ada. Bagi yang kurang berkemampuan dan bagi pelajar yang aktif berpersatuan. 

Alhamdulillah semua kemudahan ada kat UiTM Puncak Perdana ni. Ada kafe, surau, unit kesihatan, klinik gigi, gelanggang badminton, gelanggang futsal, atm, gym, basikal, snooker, dan lain-lain. Pelajar yang tidak tinggal di kolej akan menetap di rumah sewa ataupun apartment berhampiran Uitm ni. Kat sana ada swimming pool dan taman permainan. Tak sure kat mana. Aku tak pernah pergi lagi tapi ada la kawan-kawan yang dah pergi. hoho

Hari kedua baru keluar dengan kawan-kawan diploma pergi kandang sambil kenal-kenal fakulti. Dekat dan kecik sangat. Tapi boleh tersesat jugak kalau cari kelas nih. Hari-hari berikutnya Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Dak-dak kelas pun dari Mache dan Alhamdulillah dapat kenal ramaiiii kawan baru. Bekalan air sering terputus sebab catuan bekalan air kat Selangor ni. Maunye penat angkut air dari bawah sampai tingkat 5. Setelah sebulan lebih tak balikkkk dari 3 march akhirnya balik pada 11 april. Rindu semua kat rumah. :D


Persint 9, cantik tempat ni :)

Semua cukup.

fakulti 

kelas


kolej


ruang tamu rumah




p/s: gambar tu je ada, nanti ade masa upload lagi. :) Btw, persiapan ke degree tak sama macam diploma. Time diploma laju je buat itu ini, degree slow sikit. hiks. Love Puncak Perdana ;*




2 comments:

  1. sambung degree library ek dekat puncak perdana?? member ramai kat puncak perdana..wish to go there meet them..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ambik rekod kak. hee, oh yeke, sape je kat sini mana tahu kenal. huu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...