Assalamualaikum. Menaipnya saya disini adalah untuk menyuarakan satu pendapat. Uhuk. Sebagaimana sekarang popular pulak t-shirt I Am | "nama" . Dari pemerhatian saya, kaum wanita yang memakai baju I Am ni cenderung memakai baju ini dengan meninggikan tudung yang dipakainya. Bagi yang bertudung. Yakni, menampakkan bentuk dada. Adalah tidak baik untuk berbuat sedemikian. Tapi disebabkan baju ini muncul mereka semakin terdorong untuk melakukan hal sedemikian. Hanya untuk memaparkan tulisan I AM | "nama" tanpa mereka sedar mereka tidak menutup dada mereka dengan sempurna. Yela, dah beli baju mahal-mahal takkan tak tunjuk pula kan. Saya tak menipu kerana saya melihat dengan mata saya sendiri. Tapi bukan semua yang berbuat demikian, saya yakin masih ramai yang tahu menjaga 'gaya' mereka. Tujuan saya menaip ini bukan untuk membela diri ini sebagai seorang yang alim, mulia bak muslimah sejati tapi sekadar teguran yang amat kecil bagi saya. Kalau boleh labuhkan sedikit tudung supaya nampak lebih sopan dan manis. In sha Allah. Alhamdulillah ada minggu lepas dekat facebook saya tengok ada baju muslimah labuh juga baju I AM | "nama" ni. Di bahagian hujung bawah baju. Krikkrik. Itu sahaja dari saya. :)
(sumber google)
p/s: Aurat Kita Maruah Kita
boleh share kat mana jual baju muslima I AM| Name tu? :)
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/Tshirt-Muslimah-Maya-umaira/659369777454834
ReplyDeleteok nanti boleh tengok kat sini ye :)