Aku patut berbangga sebab aku pun dikurniakan 'Siti'. Siti ni gelaran untuk perempuan. Introducing, my name is Siti Nurzulaika. :). ehh. Ada sembilan orang srikandi Islam yang mempunyai nama Siti dan mereka patut dijadikan contoh dan ikutan srikandi sepanjang zaman.
Ayuh sama-sama mengenali insan terpilih tersebut:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri
Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi
budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah
walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan
lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah- Beliau isteri Rasulullah
yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan
Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan
bekas yang sama.
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim
yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim
atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail
(Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg memang
pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya
dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan
tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung
Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti’ah- Isteri yang patut dicontohi dan
dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan
minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya
tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yang menjadi
isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk
membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Semoga Siti Nurzulaika ni termasuk dalam golongan ini. Aaminn. :) Berkenan pulak kat nama srikandi Islam, Nailah Al-Farafishah dan Khaulah Al-Azwar. Namanya secantik akhlak.
* Sumber asal, petikan drpd kata2 Ustazah Siti
Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’.
*http://www.nizarazu.com
nama ni sebenarnya faktor yg penting dalam pembentukan peribadi. sbb kita pggl someone , actually kita mendoakan dorg jugak. thats why nickname pun kena yg bagus (but still i let people to call me zuby, no meaning at all!) hehehe
ReplyDelete