UiTM : Result Final Sem Diploma

Assalamualaikum, nak cerita ni.. nak cerita ni.. Dari hari dapat tahu result nak keluar tu, dah tak senang duduk dah. Terhitung-hitung pulak hari. Kalau dapat tahu dekat-dekat tarikh takpe jugak taklah tension mau mikiq nyo. Apa-apa pun, result tetap result, keluar macam biasa. Eh kali ni bukan macam biase, Awal kot. Gulp. Omg Omg Omg. Gelabah dah. Tup tup, kawan-kawan sorang.. sorang.. sorang.. post kat fb. Hua. Aku check email takde lagi. Lagi tak senang duduk. Time ni ma aku tak tidur lagi, maybe dia nak tengok aku punye result terus malam ni.

Last sekali jam 11 nak dekat jam 11 45 aku tengok email. Adela 1 email, aku tengok ade 1 email. Gulp. Bukan kot ni. (Sedapkan hati). Bukak-bukak, ehem Uitm. Dengan lafaz bismillah aku bukak. Biarpun terketaq ketaq jari aku (cerita benar ni). Tak sangka. First time aku tengok result nak menangis sebab tak percaya. Alhamdulillah.. Time tu ma kat dapur, then ma pun datang kat aku, aku tunjuk. Adik aku pun ade sekali, abah dah tidur --, . Akhirnya sem last ni aku buat paling baik dari sem-sem lepas. Aku cium pipi ma. Happy sangat. Lepas tu baru aku teringat nak tengok Lulus semua subjek tak. Haha. Then nampaklah ANC (Vice Chancellor Award). My big day sungguh.. Ramai rakan-rakan yang dapat ANC dan DL. Tahniah juga buat anda semua. Madam Noor (KK) bagitau kos IM110 yakni budak-budak Uitm Machang ni 16 orang dapat ANC, :) . Tinggi-tinggi oh result depa. Kalah cheq. Tahniah dan tahniah  semua!

Tak sia-sia usaha aku sepanjang 5 sem kat Uitm Machang ni. Ada juga rakan-rakan aku yang takleh DL, kecewa,. tapi aku pasti diorang masih ade rezki yang lebih baik untuk diorang. Hope dorang tak berputus asa dan yang mana berjaya ingattt jangan riakk.. Ika jangan riak.. Sekarang hanya tunggu untuk panggilan degree pulak, kemudian insyaAllah konvokesyen yang ke 80 uitm. aw :)


p/s: Kejayaan tak datang berlenggang lengook tanpa didahului oleh usaha kita. :) And, jangan terus maintain aje, sentiasa improve and improve. Ingat ye ika. :)




2 comments:

  1. tahniah ika . u've done a great job ! gud luck for dgree nanti ye :)

    ReplyDelete
  2. mekasih.. same same la kita ek :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...