Assalamualaikum. Today, I nak share something. Kesedaran nak pakai stokin (sarung kaki) tu ada sejak part one masa kat uitm. Terasa nak pakai. Tapi sekejap je tahan, belum istiqamah. Sampailah dua or tiga sem aku tak pakai stokin. Kalau pakai pun kejap pakai kejap tak. Oh. Tiba-tiba ada rasa malu dan segan bila mula pakai stokin ni. Bukan senang nak istiqamah sebab kita kena positifkan minda kita dulu. Alhamdulillah pada semester lima aku fully pakai stokin.
Wajib ke pakai stokin ni? Tak. Tak wajib. Benda yang wajibnya menutup aurat. Kaki tu aurat. Bila hati dah terdetik nak pakai stokin tu, bila nampak orang lain yang pakai stokin je, senang je hati tengok. Dalam hati aku kata, 'Elokknya pakai stokin, takde orang nak halang pun. Kalau dia boleh aku mesti boleh'. But, kalau kita pakai just nak tunjuk kat orang, tersimpang jauh la tu. Pakai niat kerana Allah swt. Subhanallah, bila pakai stokin rasa tenang dan selasa.
Seingat aku dulu, sebelum part 5 semasa kat uitm aku pakai stokin. Bila balik je rumah kalau keluar, letak tepi sebab ada rasa malu dan segan kat family. Tak istiqamah macam tu je. Bila nekad nak terus pakai stokin, aku ada cara untuk selesakan diri. If bila kat rumah, nak pergi keluar pun alhamdulillah dah boleh sarung dah stokin tu. Caranya, aku pakai kasut. Kalau pakai kasut, maybe orang tak perasan kita pakai stokin tak. Em. Aku selalu motivate diri aku macam ni.
"Alang-alang dah pakai kasut yang dah sememangnya tertutup kaki tu, baik pakai stokin. Alang-alang dah kan"
Sebabya, bila kita pakai kasut, kita melangkah tangga yang tinggi ke, still terselak kain tu dan ternampak betis kan. Terdedah dah tu. Kalau pakai stokin boleh la elak perkara tu. Lain la kalau pakai seluar. Kalau pakai stokin, berjalan pun selesa. Tak melecek. Jaga kaki.
Seterusnya, aku ambik aura dari kawan-kawan yang dah sememangnya pakai stokin ni. Ambik semangatlah. Muhasabah diri balik. Dorang sangat awesome. Aku tengok dorang tak kisah pun apa orang nak cakap. Yes. Bila kita percaya diri kita, kita boleh buat.
But, ok je kalau nak pakai sandal ke selipar ke janji tertutup. Ramai je aku tengok yang pakai sandal dengan stokin, cool je. Sekarang, Alhamdulillah ada rakan-rakan yang dah mula pakai stokin dan handsocks. Kadang-kadang terjadi jugak kan pakai semua dah perfect, handsocks but kaki tak tertutup. Itu pun pernah terjadi pada aku. T.T. Satu lagi, pakai tudung dada jangan lupa tutup.
Atas dasar kesedaran diri sendiri, aku cuba nak share benda ni. Bukan nak berlagak ustazah. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk ataupun nak membangga diri sebab aku pun bermula dari jahil. still tak sempurna. Masih banyak kekurangan. Tapi, cuba untuk perbaiki diri.
Apa-apa pun doa itu penting. Allah swt suka hambaNya yang meminta kepadaNya. Bersungguh-sungguh. Berharap pada Allah swt bukan pada manusia. Jadi, jomla kita sama-sama menutup aurat. Kita mampu mengubahnya. :)
p/s: Perlu tak perlu, terpulang pada anda. Tapi, wajib kita yakni kaum hawa menutup aurat. peace :)
sayang ku ika yg comel lagi cute, dulu zuby pown sama. rasa segan nak berubah, stokin nie takde la rasa segan sgt. mula2 tu memang, memang susah nk istiqamah. elok2 ai nie pakai, tup2 esok pakat sauk je kasut then x tutup kaki. pi kelas pakai, tpi turun cafe x pakai. istiqamah mmg susah, tp ingat, apa la sangat pakai stokin ni dari kita kena azab dengan api neraka. lagipun, look at the positive side, pakai stokin kaki xkan mudah melecek, takkan gelap. so takpe, Allah SWT suka amalan yang sikit demi sikit tapi dijalankan secara istiqamah. u can do it syg !
ReplyDeletebetul tu zuby.. banyak kelebihan dia kalau pakai stokin. Alhamdulillah.. in sha Allah dapat buat dgn istiqamah dlm mnutup aurat ni. :) chaiyok chaiyok. syukran zuby :)
Deletehi dear..sy pun baru start pakai stokin..ntah kenapa hati ni memberontak nak pakai stokin..tp bila pakai nmpk la mcm sopan ckit, kaki buruk tu tertutup, rasa selesa je..harap2 sy dpt istiqomah dgn stokin ni...nnt jemput singgah blog setahun jagung manis saya ey..www.ihhi.my
ReplyDeleteAlhamdulillah sis.. Thniah. Smoga kita sme2 istiqamah. Ketenngan tu untk kita jugs. In sha Allah nnt sy visit. :)
Deletesalam..perkongsian menarik! yeay kita geng! saya pun bila keluar akan sarung kasut, sbb nak pakai stokin dgn sandal rasa segan..insyaallah akan cuba istiqamah pakai stokin secara bebas! ^_^
ReplyDeleteKann.. Alhamdulillah. In shaa Allah awak. :))
DeleteKalau menyarung kasut kenalah pakai stokin kerana stokin menyerap peluh jari kaki kita, sebab jenis kasut sarung ni tiada angin masuk.
ReplyDeleteCuba menyarung kasut tanpa pakai stokin 10 miniy jer jari kaki melekat-lekat.
mohon share pengalaman ni..
ReplyDelete