Tak henti-henti

Assalamualaikum~


Tak henti-henti dari semalam. 'hachumm.. hachum.. hachum..' bersin!! :( selsema lagih. 

hari ni dah lebih 20 kali asyik hachum..hachum.... hukhuk~

mak kata makan ubat.. makan ubat.. ye dah makan.. dah makan.. sodihhnyeeeeeeeeee~ T_T




syukur bila bersin

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Tuhan Jagakan Dia



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi
Setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat ku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi
Setulus hatiku








#boley la lagu ni - motif band :)
#sepahit ape pun yang kita rasa pasti ada manisnya nanti :)


Doa Bulan Rejab

: Assalamualaikum :


Malam 21 Mei ni dah masuk 1 Rejab tahun 1433 Hijrah dalam kalendar Islam. Bulan Rejab sangat istimewa sebab ia bulan mulia, bulan untuk memperbanyak istigfar memohon ampun kepada Allah. So, lagi istimewa dan berkat kalau ade doa. :)



Maksudnya : "Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikankan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". (HR Baihaqi)


Sebagaimana  diriwayat dari Anas R.A:
"Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut."
(Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah)


Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab :

Israk dan Mikraj | 27 Rejab
Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam | Malam Israk Mikraj
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Amalan yg di lakukan pada Bulan Rajab adalah :

`1. Memperbanyak membaca istighfar:

Astaghfirullaha wa atubu ilayh.

2. Dalam suatu riwayat disebutkan:

“Barangsiapa yang tidak mampu berpuasa, maka hendaknya membaca
tasbih 100 kali setiap hari, agar memperoleh pahala puasa di
dalamnya."

Tasbihnya sebagai berikut:

َﻥﺎَﺤْﺒُﺳ ِﻪﻟِْﻻﺍ ،ِﻞﻴﻠَﺠْﻟﺍ َﻥﺎَﺤْﺒُﺳ ْﻦَﻣ ﻲِﻐَﺒْﻨَﻳ َﻻ
ّﻻِﺇ ُﺢﻴِﺒْﺴَّﺘﻟﺍ ،ُﻪَﻟ َﻥﺎَﺤْﺒُﺳ ،ِﻡَﺮْﻛَﻻْﺍ ِّﺰَﻋَﻷْﺍ َﻥﺎَﺤْﺒُﺳ
ْﻦَﻣ َﺲِﺒَﻟ َّﺰِﻌْﻟﺍ ٌﻞْﻫَﺍ ُﻪَﻟ َﻮُﻫَﻭ .

Subhânal ilâhil jalîl, subhânaman lâ yanbaghit tasbîhu illâ lahu, subhânal a’azzil akram, subhâna man labisal ‘izza wa huwa lahu ahlun.

(Mahasuci Tuhan Yang Maha Agung, Mahasuci yang tak layak ditasbih kecuali Dia, Mahasuci Yang Maha Agung dan Maha Mulia, Mahasuci Yang Memakai pakaian keagungan dan hanya Dia yang layak memilikinya.)

yang dibaca mulai 1 s/d 10 rajab 100kali

- >Subhaanal hayyil Qayyuum

dibaca 11 s/d 20 rajab sebnyak 100kali

- >Subhaanaallahil ahadish-shamad

dibaca 21 s/d 30 rajab sebnyak 100 kali

- > Subhaanaallahirra-uu



* same2lah kite berdoa.. :)

Two in one : 16 Mei 2012

Assalamualaikum...

Orait, bersua kembali. *hoho~ semua orang tahu 16 mei adalh hari yang paling istimewa untuk para guru di seluruh Malaysia. So, *nak ucap SELAMAT HARI GURU* kpd guru2 dan cikgu2 yang pernah mengajar saya ^^.

Sekolah tadika, Cikgu Ros.. Cikgu Lina..

Sekolah rendah SK SYP1, Cikgu Rosfadilah, Cikgu Amnah, Cikgu Sakinah, Cikgu Raja, Cikgu Faiza, Cikgu Siti Hajar, Allayarhamah Cikgu Fuziah, Cikgu Zubir, Cikgu dzulhisham, Ustazah Rafidah, Ustaz Daud (yang hensem), guru besar: cikgu Ghani, Cikgu Rosnah. 

Sekolah menengah, SMK SYP1.. Cikgu Azman, Cikgu Hayati, Teacher Hasliza, Cikgu Engku, Cikgu Yuzailan, Cikgu Rosli, Cikgu Amran, Cikgu Fadiha, Cikgu Norizan, Ustazah Sarwana, Ustazah Rusnani, Ustaz Harun, Ustaz Zul, Cikgu Zanariah, Cikgu Maznah, Cikgu Sham, Cikgu Hasmuna, Cikgu Azli, Cikgu Hjh Noraini, Cikgu Aifa, Tuan Pengetua : Cikgu Komaruddin.. dan banyakkkkkk lagih.. hehe

Tadi pun aku dengan kawan2, Ina, Che tin pegi sekolah, tengok sambutan Hari Guru. *Merayau je* Jumpa Cikgu2 ksygn^^ dan kawan2 yang dah lame x jmp. Tapi tak jumpa cikgu Rosli.. cikgu Azman, cikgu amran.. Cikgu Amran ade kursus.. Kawan aku Ina frust Cikgu kesaygnnya Cikgu Am takde. ~huhu~ Misi kitorang datang sekolah ni, menyelam sambil minum air. Jumpa cikgu and nak gi ambik sijil Spm 2010. yep. baru nak gi ambik.

Oh tadi sempat jumpa ustaz Zul..

Ustaz & aku,Ina : (dari jauh dah pandang2)
Ustaz : Ha.. mane hadiahnye ...
Aku : Takde la ustaz.. hehehe
Ustaz : Ehmm,.. (pegi ngn selambe) hehe
Aku,Ina : (ketawa ngan ustaz yang selamba je depan budak2 yg laen)

Dan.. hari ni jugak hari lahir kakak sulung aku. Takde kakak laen dah la, aku anak tengah, ~huhu~ pd tahun 2012 nih dia berumur 21 tahun. *tak caye aku dia 21* Semoga dia bahagia2 selalu kehendaknye.. tahun ni gak dia dah tamat diploma. Nanti cari keje la tu kot. lame dah duk relax kat umah sejak abiz final nih. 

Btw, sekali lagi selamat hari guru.............. Terima Kasih cikgu ! 

Lagu : 

' Kami guru Malaysia, berkhidmat dan berbakti..' ( tu je aku ingat) ^^


Tema Hari Guru 2012:
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara :)









Mesej soalan??






1.
Berikan sy 1 nme pggln:
Adkah sy sombong?:
Nasihat untuk sy?:
Benci or syg sy?npe?:
Dimana 1st time kte jmp?:
Pe tanggapan awak thadap sy bla ptma kli tgk sy?:
Perwatakan sy yg baik?:
Perwatakan yang buruk?:
Ssuatu yg buatkn awk igt sy?:
Lagu pe yg bt awk ingt sy?:
Bile last sy bt awk nngis?:
Bile last sy bt awk ktwe?:
Kalau ade msa nk jmp sy lg x?:
Ape name sy dlm nset awk?:
Awk nk sy jd ape tuk awk?:
Siapa sy d hati awk?:
<sy tunggu awk reply>

2.
Isikan:
Gelaran sy bg awk?:
Lagu sesuai utk sy?:
Hadiah utk sy?:
Awk nk sy jd ape tuk awk?:
Nasihat utk sy?:
Benci/suke sy?:
Knp?:
3. (macam ni pun ade..)

Edit msg ni dan tandakan (x) pd mn2 yg berkaitan dgn sy..IKHLASSS!!
()baik
()jahat
()cute
()hodoh
()gemuk
()bijak
()bangang
()nakal
()manja
()kemas
()selekeh
()megada2
()membosankan
()kelakar
()peramah
()menyenangkan
()hipokrit
()gatal
()pemalu
()selamba
()control cun
()penakut
()rendah diri
()romantic
()keras kepala
()kuat cemburu

*tak ke banyak tu ==’


4. dan banyak lagi., macam ‘Kalau awak ade 3 pilihan perkataan kpd sy, ape awk akan katakan’..dan ‘siapa saya pada awak?’> cth: TEMAN(kirim balik mesej ni).. huhu macam kan.

Korang pernah simpan tak mesej camtu? Pernah tak korang hantar or korang terima mesj jenis camtu? Jenis mesej camni interesting gak. Bagi aku, mesej camni nak orang hargai kita atau kita menghargai orang lain. Dan kita dapat tahu pendapat kawan2 terhadap kita ni kan. Tapi, ade jugak yang balas mesej tu x jujur. Rase2 ade tak? Hehe Yela sekadar nak ambik hati je kawan yang hantar tu. Tapi terlalu jujur pun ade jgk J Kalu soalannye ‘benci/suke saya’ , ‘nape’.. mesti sender dah tahu jawapan nye ~ kekeke~ Ni kalau terjadi kt sender pmpn and receiver nye lelaki.  Bila dah terima jawapan nye ‘mesti la suka’, ‘sebab awak cantik/hensem’. Kekeke~ Emm, mau nye tak terabur gigi senyum2 sensorang..

Dgn mesej ni gak, dapat kita cermin kan diri. Yela, kawan kan bagai cermin tuk kita. Huhu Dari kawanlah kita ni tahu kita ni jenis yang macam mana, Paling bestnye antara si makwe and si pakwe. Si makwe ni hantar mesej tu kat si pakwe. Tambah sayanglah si makwe tu kt si pakwe. Mana taknye, segala kata pujian abis dilemparkan kat si makwe. Si makwe pun.. senyum tak ingat dunia. Sweetlah kan kononnye.. ^^

Tapi, rase geram pun ade sebab bila kita hantar kat orang tu. Dia tak balas. Jangan dimarah, mungkin dia masih pikir nak bagitahu ape. Huhu~


Btw, sume tu untuk berseronok aje kan.. ^^ jgn sampai ade yang terasa lak, sian kt kawan kite tu.. =>


Kenapa ye..

Lelaki akan menghargai seseorang perempuan tu bila perempuan itu dah takde dalam hidup dia. Dia akan datang cari perempuan balik bila dia rasa takde teman takde tempat mengadu. Dan pada masa tu, lelaki tu tak lagi berharga dalam hidup perempuan tu.. 

Ade masa kita boleh terima tindakan seseorang tu dan kadang2 tak, and tak langsung. (!)

cewahhh.. ~ :)

Bulan Hampiri Bumi Simbol Munculnya Imam Mahadi?


Kosmo 11 Mei 2012, ' Bulan Hampiri Bumi'


Bulan adalah tanda Noor Nabi SAW dan seperti yang di sebut dalam lebih 200 hadis Sahih Nabi SAW- akan tiba kedatangan Imam Mahdi (AS) Cucunda Nabi SAW – Bernama Muhamad ayahnya Abdullah Ibunya Aminah.
Di zaman akhir ini ianya adalah simbol muncul nya Imam Mahdi (AS).
“Sesiapa yang tidak percaya kepada Dajjal mereka akan kafir dan sesiapa yang tidak percaya pada Imam Mahdi mereka akan kafir”. ( Maksud Hadis).
Ketibaan Imam Mahdi (AS) di ambang pintu dunia – di nyatakan atau di khabarkan oleh Bulan yang akan menjelma 50,000 Km lebih dekat ke arah bumi.
Dan akan berlakunya segala bencana telah pun di sebut dalam banyak hadis -hadis sahih sejak 1,432 tahun lalu. Wahabi telah meringkaskan perkara-perkara tersebut dari pandangan orang-orang ISLAM.
Hanya Wali-Wali Allah SWT Sahaja yang mengetahui segala kebenaran ini dan di ILHAMkan kepada mereka.
Ketibaan Imam Mahdi ada 111 Tanda dan kebanyakan tanda -tanda telah pun muncul yang berlaku baru-baru ini adalah:
Kejatuhan semua pemimpin2 zalim di timur tengah memberi laluan kedatangan Imam Mahdi (AS). Dan memberi kebangkitan Nafas Baru pemimpin2 yang akan membantu Imam Mahdi (AS) pejuang Islam yang sebenar.
Keadaan Tsunami di Jepun dan Malapetaka di seluruh Dunia.
Tsunami di Aceh memperkenalkan satu kebangkitan Ummah yang baru membantu agama Allah SWT.
Banjir Di Pakistan bulan Ramadhan 2010.
Dan 313 kejadian yang bakal akan berlaku di seluruh Dunia -kebanyakan kepada Negara2 yang Zalim dan Yang Memusuhi Agama Allah SWT .
Dan membuktikan Kedatangan Nabi ISA(AS) dalam masa yang terlalu dekat.
Dajjal telah pun bersiap sedia untuk muncul dengan sepenuhnya dengan lengkapnya. Dajjal-dajjal kecil yang 40 iaitu sai baba ( yang mengaku dirinya Tuhan).Dajjal yang 41 adalah Dajjal yang ASLI – sebelum ini adalah Dajjal in the Making” -
Wahai Orang ISLAM dan Muslimin seluruh Dunia , Beriman lah dan Bertaqwalah dengan Sebenar-benar Iman dan taqwa, kita belum beriman lagi jika – Hidup kita tidak di lengkapkan dengan Iman dan taqwa yang sepenuhnya. (kita belum di UJI dengan ujian yang sahsyat seperti Tsunami itu)

Taqwa dan Iman tidak akan sempurna jika tidak Mencintai Nabi Muhammad SAW dan Mengenal Wali – Wali Allah SWT seperti dalam Firman Nya Surah Yunus Ayat 60-62).
Kamu tidak akan mengenal Wali-Wali Allah SWT jika kamu tidak mengenal 2 Musuh UTAMA Kamu iaitu Syaitan dan Nafsu. Kamu tidak akan mengenal Nafsu dan Syaitan selagi kamu tidak mengenal ILMU Tazkiatun Nafs dan ILMU Tazkiatun nafs tidak akan bertempat dalam hati kamu jika kamu tidak ada Cahaya Iman dan Keyakinan , dan Kedua2 cahaya ini tidak akan bercahaya dalam jiwa kamu jika tidak akan ILMU TAUHID dan ILMU Marifah.
Tuntutlah sebelum Berjumpa dengan Allah SWT.
Kiamat Alam adalah Kiamat Kecil , Kiamat Diri adalah KIAMAT Besar dan setiap saat dengan terlepas nya Nafas ke Tangan Allah SWT lenyaplah satu Rahsia Besar di antara Hamba dan Robb.
Soalan pertama di Kubur bukan apa amalan kamu , atau soalan lain – Tapi Bab Mengenal ROBB ? Siapa kah Robbmu?
Tuhan orang Muslimin adalah harta dia , emas dia , rumah dia, kerja dia , dan lain2 lagi – itulah makna Robb.
Untuk Orang Mukmin dan Orang Bertaqwa Robb Yang Sebenarnya adalah Allah SWT
Soalan kedua Siapa Nabi Mu ? Untuk orang ISLAM jawapan nya adalah siapa yang di ikutinya setiap saat dan waktu di Dunia dan pasti 98 % mereka tak dapat jawap kerana mereka telah meninggalkan Sunnah dan Ajaran Nabi (SAW).

Orang Mukmin yang mengikuti Sunnah Nabi SAW akan pasti dapat Menjawap
8 Neraka di jadikan ( 1 sahaja untuk orang Kafir , Mushrikeen yang 7 lagi untuk orang ISLAM yang tidak Solat , Melalaikan Solat, Lalai dalam Solat , Yang Ringan Timbangan nya, Menipu Manusia, Mengumpat dan lain-lain lagi)

Hanya Orang yang Beriman and Bertawqa yang di Jamin Allah SWT masuk kedalam Syurga dan di nyatakan dalam Al Quraan di beberapa Tempat.
BERIMAN DAN BETAQWALAH Sebelum Terlambat , Dan Kunci Iman dan Taqwa adalah ” KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH”.
Ucaplah 200 Kali Sehari nescaya anda akan di sampaikan ke jalan menuju kepada Iman dan Taqwa. credit:gilerkentang
-Aku suka tengok bulan. dulu taklah sebesar sekarang ni. Maha Suci Allah. Amat berbeza. Lebih besar dan lebih cerah.-

Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."

- Riwayat Thabrani


#semoga menjadi peringatan buat kita semua. amin

TOP Big Bang

Top! Top! hoho~ aku terminat top la pulak. Dia tak hensem tapi comel. Maybe tak comel tapi hensem. Ape-ape ajelah. Aku suka tengok Top kat dalam video clip lagu Blue. Baju merah yang dia pakai same kat dalam episod Running Man. jeng~ Yang paling banyak aku tengok part Top nyanyi aje huhu


Name : Choi Seung Hyun
Position : Rapper/ BeatReal
Stage Names : Tempo, T.O.P
Date of Birth : Nov 4, 1987









#love his voice


Biodata Rasulullah saw.


Assalamualaikum.
Ape yang perlu kita tahu, kita perlu cari tahu dan ape yang perlu kita ingat kita perlu ingat dan mengingati.. Jom kita tengok biodata kekasih Allah swt.. :)



Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN 
=· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.

USIA 6 TAHUN 
=· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
=· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN 
=· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
=· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
=· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
=· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN 
=· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
=· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN 
=· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
=· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
=· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
=· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 
=· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. 
=· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
=· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN 
=· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN 
=· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
=· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 
=· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. 

> Khadijah Binti Khuwailid 
> Saudah Binti Zam’ah 
> ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 
> Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab) 
> Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
> Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 
> Zainab Binti Jahsy 
> Maimunah Binti Harith 
> Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
> Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 

1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN 
1.. Thuwaibah 
1. Hamzah 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 
1. Halimah Al-Saidiyyah 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza 
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 

1. Al-Harith 
2. Muqawwam 
3. Zubair 
4. Hamzah *** 
5. Al-’Abbas *** 
6. Abu Talib 
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza) 
8. Abdul Ka’bah 
9. Hijl 
10. Dhirar 
11. Umaimah 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 
13.. ‘Atiqah ## 
14. Arwa ## 
15. Umaimah 
16. Barrah 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam. 
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya. 

Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Kenapa Abang Cintakan Sayang ?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka 


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! 
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

 Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 


p/s : Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan 


Cuti. Ape boleh buat..

Assalamualaikum.

Hai. sekarang ni dah  39 hari aku cuti duk kat umah. tiga + sembilan. hambik..siap kira hari lagih. hehe tapi takde apelah. just ape yang aku nak cakap aku takde buat ape pun kat umah. T_T keje pun tidaklahh. and, yang paling penting aku boleh kira berapa kali je aku keluar rumah nih. tak termasuk balik kampunglah. =>
Rumah lah shelter yang paling selamat, aman, sentosa, tenang, best giler..... tapi tu lah boring jugak kekadang. member2 uitm ade gak yang mesej ngan aku. roomate pun.. ade jugak yang menyombong dengan aku. TAKPE2. ^^ ape pun, aku tetap ingat oranglah, mimpi agih tu.

btw, cuti pun ade lebh kurang sebuln laggi nih. ade kawan aku yang keje, p jalan2 luar negerii, ambik upah magasuh baby hehe ,memanjakan perut dengan makanan dan tido dari malam ke awal pagi. aku pun same lah tu. hah, cuti ni pun aku dapat gak jumpa geng2 sekelas aku dulu. 5 gamma. p malam g lepak2 makan satay. tapi tak ramai lah yang boleh join. keluar pun dah ngan kereta, dulu semua bawak moto je. advance la kan. best lah. oh ye dalam mase aku cuti ni, banyak plak games eh. bOla la. ^^ best oo tengok bola ngan famili. aku menjerit pun tak sedar. tapi kalau sedar pun, (eh kuat nye aku, huhu). mak aku paling best kalau dia komen. hehe habis dia cakap.. -0ohh bola tinggi... ahh, skittt agih.. hah ghadar2... - camtu pun jadilah..

Macam2 lahh.. tapi yang penting dapat balik umah, makan! and relaxx... makan tu, mak aku cakap
" kalau duk kat asrama, sekali sehari je boleh makan, kat umah boleh makan sokmo " hehe. Alhamdulillah. kepada awak-awak, selamat bercuti semua. :)
     
                                                                               

# kalau ade sumur di ladang boleh kita menumpang mandi, 
kalau ade umor yang panjang boleh kita berjumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...