Tak Paham :'(

Tak paham dengan hati sendiri.
Tak paham dengan keadaan sekeliling.
Aku buntu.
Kadang hanyut dalam dunia sendiri.
Cipta masalah sendiri.
Aku alpa.
Jalan Dia dah bagi.
Tapi kenapa aku tak boleh menapak?
Jalan dah tersedia.
Apa yang aku tunggu?
Kadang benci.
Kadang risau.
Kadang senang.
Aku tak paham.
Aku sedar atau tak sebenarnya.
Aku tak tahu.
Mana yang baik.
Mana yang buruk.
Mana yang senang.
Mana yang payah.
Tak paham.
Aku tak paham.
Aku tak paham dengan cara aku.
Aku tak paham dengan cara aku pilih.


Sebab aku jauh dengan Dia?

Hari Raya Aidiladha 2015

Assalamualaikum. Okay lama dah tak update blog ni. So, kali ni nak berkongsi pasal hari raya korban dekat kampung. Kampung aku dekat Manek Urai, Kelantan. Haa betullah tu, kawasan yang terkenal sebab kena banjir besar tahun lepas. Tapi rumah nenek aku tak kena sebab tinggi sikit so jadi tumpuan orang lain untuk tumpang kejap. Back to the topic, hari raya aidiladha hari tu jatuh pada hari Jumaat kan. Aku balik kampung sehari sebelum hari raya. Sampai dari Shah Alam, Rabu pagi. So, petang tu balik ke Manek Urai. Aku stay dekat Kuala Krai. 

Pagi hari yang bahagia tu, bangun awal. Alhamdulillah kali ni sempat untuk solat sunat hari raya Aidiladha. Haa kalau menu makanan hari raya tu mestilah nasi dagang, roti jalan, tapai dan ketupat. Yum yum. Balik solat terus makan sebab lapar. Raya tak pakai baju cantik-cantik pun. Tak sempat nak bergambar pun. Kami satu family pergi ke kampung sebelah untuk acara korban. Semua adik beradik Mak buat korban dan ade buat aqiqah termasuk kakak aku yang kali pertama buat korban. Semua pergi, bawak sekali makanan. 

Acara korban buat kat kawasan lapang sikit, dekat dengan rumah Tok Sedara. Ada empat ekor lembu pada satu tempat hari tu. Lembu yang nak korban ni lembu yang Tok Ayah jaga untuk korban ni. Sedih jugak Tok Ayah lembu tu dah rapat dengan Tok Ayah. hehe. Orang cakap raya korban kat kelantan ni meriah, meriah ke? Tak tahu lah. hehe Tapi Alhamdulillah la. Aku pun biasa dah la kalau tengok orang sembelih lembu. huhu. Okay malam tu kita makan satayyy... Yang lain tengok gambar. :) 








Ni Tok Ayah kita.


p/s: Okay sekarang dah balik kampus.. jerebu jerebass.. Next entry pasal IJN dan Melaka! 

Latihan Industri IJN 2014

Assalamualaikum. Alhamdulillah kali ni rajin nak update blog. Ni real punye update blog pasal pengalaman aku. Btw, sekarang aku tengah cuti semester bagi sem 5. Masuk ni dah sem 6. Yeay tapi takut ler pulak. Okay berbalik kepada tajuk yang diberikan di atas, hari ini Cik Siti hendak menceritakan pengalaman Cik Siti menjalani Latihan Industri dekat Institut Jantung Negara bagi tahun 2014. Bukan real punya praktikal, tapi mini je la. Untuk sesiapa budak pengurusan rekod yang hendak join, boleh join. Program yang berMOU dengan IJN ni akan diadakan setiap tahun. Berkait rapat dengan medical record. Program ni diadakan selama sebulan. Spesifiknya, yang aku IJN haritu selama 20 hari bekerja. So, aku dan kawan-kawan join ni siri yang ke-7 lah kalau tak silap. Cik Siti join masa sem 3.




Okay, keputusan nak join ni dipengaruhi oleh kawan-kawan. hehe. Aku bertiga je dengan Farah dan Fizah. Memang tak kenal sape-sape pun. Senior ade, junior ade. Lepas tu pikir jugak pasal new experience yang akan dapat kan kalau join program macam gini. Bila bagitahu ma dan abah dorang akan tanya pergi dengan apa. Waktu kerja macam mana, elaun ada ke, tinggal kat mana semua tu lah. Aku join program ni lepas raya. Yakni beraya kejap je kat kampong tercinta tu. Kami diberi kemudahan kolej yakni tinggal kat Blok 5, atas pejabat kolej. Kerja kami weekdays. Weekend macam biasa. Keluar rumah dari jam 6.00 pagi balik dalam lepas asar macam tu sampai kat kolej. KL > Shah Alam. Bayangkan, pergi tido, balik pun tido dalam bas. Hari-hari dengar HOT FM. haha. Dapat pak cik bas yang pasang klasik FM lagi la tido. huhu. Oh ye, pakaian pulak bebas je tapi tak lah bebas boleh pakai seksi mekci. Tapi digalakkan pakai seluar dan pakai kasut tertutup. Pasal elaun pulak tu, memang la tak banyak sangat. Korang kira lah RM15 sehari kali dengan 20 hari. hihi. Hujung minggu kami akan dapat elaun dalam angpau. hihi.


Latihan ni sebenarnya pasal manage rekod pesakit. Dekat IJN dia panggil Patient Medical Record (PMR). Kali ni kami kena banyakkan space untuk files semua tu sebab masalah space la ni. So, wujudlah tugas ‘Thinning’, atau digelar team kuruskan rekod, scan CD (takdela susah tapi banyak jugak tengok geng CD buat, macam scan CD tu then pilih yang mana nak kena dispose and yang mana nak kena simpan), satu lagi kerja dekat bilik files (cari rekod yang akan diretrieve oleh doktor or nurse). So, semua kerja tu ade target dialah nak kena settlekan iaitu 8280 PMR dan kitorang buat 8730 PMR. Yeay. 


Bahagian Thinning, kitorang dalam 20 orang macam tu kot (ada scanner, runner bagai). Bahagian CD dalam sikit, dan dekat bilik rekod (dekat bilik mayat) sikit. Thinning la paling ramai sebab rekod punyaaaaa lah banyak. Cik Siti dapat bahagian Thinning. Setiap kali penyertaan, pihak IJN dah state siap-siap tugas2 student ni. Mula-mula tu berdebar jugak sebab risau tak pandai buat dan takut tersalah. Tapi Alhamdulillah kami diberi tunjuk ajar. First day pun kekok lagi. Aku dengan Farah bahagian Thinning, Fizah bahagian CD. Staff yang sentiasa ada dengan kitorang ialah Encik Raja (student IM jugak dulu), Encik Saiful dan ade lagi sorang sekali dengan pekerja-pekerja yang lain (tmasuk temporary). Semuanya LELAKI ya. huhu. Sebab dorang kena angkut files semua tu lah.

Sekarang aku cerita pasal skop kerja aku lah ye. Atas tu intro la kira kan. Duduknya aku dalam lab tu bertemankan rakan yang lain adalah menunggu file tiba dan uruskan dia. Relax je sebab dalam tu ade air cond dan kami semua kebekuan. huhu. Tiap hari pasang lagu. Feeling giteww. Macam-macam pesakit ada, dari baby sampai yang tua. Sob sob. Sebab dalam tu ada maklumat lengkap pesakit. Okay, semua files tu diangkut dari bilik rekod dengan troli. Troli tu la yang akan ada setiap hari. Proses dia:

1. Files yang sampai akan di scan dulu oleh sorang student yang dilantik sebagai scanner. huhu.
2. Habis satu troli tu baru boleh edarkan kepada kakak-kakak thining yang sedia menunggu untuk ‘kerjakan’ file tu dimeja masing-masing.
3. Hah, bila dah dapat tu. Kena pastikan dalam folder tu ada file biru. Kalau ada file kuning tu maknanya volume dia. So, file biru tu lah kena kuruskan.
4. Periksa file biru. Buang document yang lama. Simpan tiga latest date sahaja. Bagi dia kurus. Bukan buang dalam tong sampah, tapi letak dalam file kuning tu.
5. Yang betul-betul tak diperlukan lagi letak dalam kotak kosong.
6. Kalau condition folder tu nampak buruk, nazak sangat, tukar baru.
7.  Maklumat kena maintain tak boleh ubah.
8. Bila nampak kurus, okay, done.
9. Letak tepi then akan datang abang-abang sado yang akan ambik ataupun kakak-kakak ni lah.
10.Bila dia ambil, akan ada orang yang jaga bubuh sticker dekat folder yang baru. Sticker untuk scan.
11.Bila satu troli dah siap diproses, akan dibawak keluar untuk discan oleh scanner ‘out’ pulak. Yang scanned memula tadi tu ‘in’.
12.Yang nak kena dispose dorang letak dalam kotak hantar kat Recall.
13.Yang dah ejas tu letak balik kat bilik rekod.

14.Dan macam tu lah setiap hari. (berpuluh troli)

So, untuk semua ni memerlukan senjata yang cukup la. Kalau dak, kucar-kacir kerja. huehue. Antara yang diperlukan ialah marker pen, stapler, cellotape, gunting, fastener, dan puncher yang kecik dan besar. Bila guna benda ni kena hati-hatilah. Aku dan akak senior pun pernah kena. Gunting la, puncher la. haha. Berbalut tangan. 


Masa berkerja start dari jam 8.30 pagi rehat dalam 12.30 tengah hari, masuk balik jam 2.00 ptg. Balik kerja kadang-kadang jam 4.30 or jam 5 ptg. Nak dekat-dekat habis haritu kemain boleh balik awal. huhu. Okay kami makan kat mana?? First, kami pi makan dekat kafe IJN tu. Kalau rajin kami keluar pi makan dekat kafe PNM (Perpustakaan Negara Malaysia). PNM seberang jalan IJN je. Dipisahkan dengan jambatan je. Kalau solat, dekat surau IJN. Surau IJN besar tapi level atas la, naik lift. Kalau solat jumaat tu, ramai la solat kat sana. Tapi sejak dua menjak lepas tu aku dgn kawan solat dekat surau kecik je. Ada surau dekat setiap level. Sempena hari raya, IJN ada buat majlis hari raya. Meriahh. Dapat ole-ole lagi.


Okay hari last kami adalah majlis penutup tu je. Memang tak sentuh files dah haritu. Dapat sentuh angpau dengan sijil je lah. hehe. Alhamdulillah kami capai target jugak. Memang best lah join program ni. Pengalaman: First time naik lift sorang2 hihi. Dapat kenal ramai orang, senior dan junior. Kalau tak silap kami semua 39 orang. Hanya dua LELAKI (sorang master). Tapi kami semua okay takde geng sombong geng berlagak semua. Just semua bangga dengan kerja memasing. haha. Check result final exam sem 3 pun sebelum masuk kerja. huhu. Disebabkan aku join program ni sem 3, so sem 5 ni aku join lagi. yeay! Misi kali ni lain pulak. Katanya mungkin disposal pulak. Ade beberapa orang yang pernah join pun join jugak kali ni dan ramai classmates yang join. In shaa Allah, lain masa lain pengalaman. Semoga dipermudahkan. Doakan kami semua. :)

Kenangan :


Siti Teristimewa

Aku patut berbangga sebab aku pun dikurniakan 'Siti'. Siti ni gelaran untuk perempuan. Introducing, my name is Siti Nurzulaika. :). ehh. Ada sembilan orang srikandi Islam yang mempunyai nama Siti dan mereka patut dijadikan contoh dan ikutan srikandi sepanjang zaman. 


Ayuh sama-sama mengenali insan terpilih tersebut:

1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.


2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam- Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti’ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Semoga Siti Nurzulaika ni termasuk dalam golongan ini. Aaminn. :) Berkenan pulak kat nama srikandi Islam, Nailah Al-Farafishah dan Khaulah Al-Azwar. Namanya secantik akhlak.


* Sumber  asal, petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’. 
*http://www.nizarazu.com

He Had Such Quiet Eyes

He had such quiet eyes
She did not realise
They were two pools of lies
Layered with thinnest ice
To her, those quiet eyes
Were breathing desolate sighs
Imploring her to be nice
And to render him paradise

If only she'd been wise
And had listened to the advice
Never to compromise
With pleasure-seeking guys
She'd be free from "the hows and whys"

Now here's a bit of advice
Be sure that nice really means nice
Then you'll never be losing at dice
Though you may lose your heart once or twice  




p/s: poem form 4.

Aurora Borealis

Aurora..
Aurora..
Aurora Borealis..
Jatuh hati dengan aurora borealis
Haritu memang dah tengok kat tv 
Pasal seorang lelaki ni mengembara dengan basikal
Untuk tengok fenomena nih
Lepas tu dengar pulak lagu Aurora - Estranged
Teringat fenomena nih
Cantik sangat
Aku bukan nak terangkan apa pasal aurora nih
Siapa-siapa nak tahu boleh google  je,
Kalau ada rezeki nak tengok depan-depan. hehe


Oh Aurora Borealis :) 



(sumber google)

Kucing Tanpa Nama

Marilah kita berbicara pasal kucing tanpa nama nih,
Aku tak pernah tahu pun nama kucing ni ape,
Sebab dia tak bagitau.
Selalu je ada kat rumah aku,
Kalau tak kat dalam rumah dia duk kat luar,
Bukan kucing peliharaan aku.
Dia yang paling berani masuk dalam rumah,
Suka hati je duk berehat atas karpet,
Tak peduli orang lain, 
Makhluk bernama Ika pun selalu kacau,
Walaupun dia sendiri takut,
Aku lah tu,
Apelah.
Kucing ni bekeng (garang),
Sebab muka sokmo je serius tak pernah senyum,
Tapi aku tahu kau baik.
Disebabkan dia sekor je ada kat rumah selalu ikut kaki orang,
Nak makan lah,
Sampaikan kadang-kadang tersepak, terpijak dan tersemualah,
Oh maaf kucing.
Dah bertahun rasanya dia ada kat rumah aku,
Em kalau pasal makan tak usah cerita,
Mesti dia ada mana-mana.
Hujung kat pintu, bawah kerusi duk tunggu makanan,
Kat bilik air pun ada,
Sebab dia minum.
Semua makanan kau makan,
Tak memilih, 
Aku suka.
Bila dah bagi makan kat belakang rumah,
Kau akan berpaling kejap kan tengok aku. 
Ucap terima kasih kot,
Takpe aku paham.
Rasanya setiap tahun dia beranak,
Sakit nak beranak tu kesian dengar bunyi dia.
Memalam sakit,
Tengok esoknya dah beranak,
Kat atas siling dapur, kat belakang rumah.
Anak-anak dia semua comel,
Bila anak dah besar tak tahu pergi mana.
Kekadang cuba jugak borak dengan dia,
Tapi muka serius ja, 
Bagilah expresi sikit,
Kecewa aku.
Tapi lama-lama aku sayang kau la.
Masa belajar kat Machang aku selalu babai kat kau kan,
Kalau aku nak balik kolej,
Maknanya aku boleh tengok kau lagi,
Kau ni suka sangat kalau aku gosok-gosok kau,
Aku sorang je yang sudi nak bermanja dengan kau,
Family aku yang lain kurang dengan kucing,
Tapi dorang tetap bagi kau makan kan.
Hebatlah kau,
Semua tikus kat rumah aku lari kalau kau ada,
Haii kucing, 
Apelah nama kau ye.
Tapii, 
Bulan lepas family bagitahu aku kau takde dah,
Pi mana eh?
Kau sakit rupanya masa bersalin,
Dengan anak-anak kau sekali sebab tak cukup bulan.
Masa tu aku kat Shah Alam,
Memang nak jumpa kau lagi,
Sebab kau tengah mengandung kan masa tu,
Aku nak tengok anak kau.
Tapi, 
Tak sangka kau takde dah kucing,
Aku sedih tau,
Sedih.
Sebab aku nak kenal kau lagi,
Walaupun kau takde nama,
Aku selalu ingat kau. 

Terima kasih kucing :') 









.

Menambat Rakit



Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan. 
Inti pengalaman, kepedihan; 
akar kerinduan keresahan.
Memang begitu banyak 
diperlukan kekuatan, 
kepangkalan batin, rakit ditambatkan 
bara kenangan dikuatkan 
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri, 
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti. 
Tiada lagilah bezanya, 
sama ada hilangnya kemudian 
atau tenggelamnya sekarang. 
Tiada juga bezanya, 
jika ia langsung tak datang 
atau tiba-tiba terkorban 
Kepiluan yang berlanjut akhirnya, 
ditenterami keyakinan, 
betapa dielak puntakdir 
tetap terbuka pintunya 
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..



~A. Samad Said (1985)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...