Assalamualaikum. Okay lama dah tak update blog ni. So, kali ni nak berkongsi pasal hari raya korban dekat kampung. Kampung aku dekat Manek Urai, Kelantan. Haa betullah tu, kawasan yang terkenal sebab kena banjir besar tahun lepas. Tapi rumah nenek aku tak kena sebab tinggi sikit so jadi tumpuan orang lain untuk tumpang kejap. Back to the topic, hari raya aidiladha hari tu jatuh pada hari Jumaat kan. Aku balik kampung sehari sebelum hari raya. Sampai dari Shah Alam, Rabu pagi. So, petang tu balik ke Manek Urai. Aku stay dekat Kuala Krai.
Pagi hari yang bahagia tu, bangun awal. Alhamdulillah kali ni sempat untuk solat sunat hari raya Aidiladha. Haa kalau menu makanan hari raya tu mestilah nasi dagang, roti jalan, tapai dan ketupat. Yum yum. Balik solat terus makan sebab lapar. Raya tak pakai baju cantik-cantik pun. Tak sempat nak bergambar pun. Kami satu family pergi ke kampung sebelah untuk acara korban. Semua adik beradik Mak buat korban dan ade buat aqiqah termasuk kakak aku yang kali pertama buat korban. Semua pergi, bawak sekali makanan.
Acara korban buat kat kawasan lapang sikit, dekat dengan rumah Tok Sedara. Ada empat ekor lembu pada satu tempat hari tu. Lembu yang nak korban ni lembu yang Tok Ayah jaga untuk korban ni. Sedih jugak Tok Ayah lembu tu dah rapat dengan Tok Ayah. hehe. Orang cakap raya korban kat kelantan ni meriah, meriah ke? Tak tahu lah. hehe Tapi Alhamdulillah la. Aku pun biasa dah la kalau tengok orang sembelih lembu. huhu. Okay malam tu kita makan satayyy... Yang lain tengok gambar. :)
Ni Tok Ayah kita.
p/s: Okay sekarang dah balik kampus.. jerebu jerebass.. Next entry pasal IJN dan Melaka!
No comments:
Post a Comment