Usah Bersedih



1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian.

Hari Jubah Saya: Konvokesyen Uitm ke-80!

Assalamualaikum. Jeng3..Entry yang paling ditunguuu dah tiba. hekhek. Suka sangat nak update blog tapi malas saja. Yeay, hari tu dah konvo (Diploma Pengurusan Maklumat, UiTM Machang Cawangan Kelantan). Dengan izin Allah swt, aku dan kawan-kawan dapat merasai apa itu Hari Konvokesyen. Hari Topi Empat Segi, Hari Jubah dan sebagainya. Nikmat menghadiri konvokesyen, rahmat bertemu kawan-kawan.. Okayh.. konvokesyen aku berlangsung pada 18 Mei 2014 di DATC, Sidang 10, sesi pagi, kedudukan B756. :D Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Bermula dengan pengambilan jubah pada hari sabtu 17 mei, aku dan kawan-kawan gerak dari puncak perdana menaiki bas rapid ke uitm shah alam. Majoriti dalam bas sek2 machang saja. Ada yang datang tinggal kat kolej Jasmine ni. Bagai nak balik kampung. Sampai ka DATC, tengahari. Tak sempat ambik jubah awal. Punya panjang beratur. Kalau ambik awal tak kena beratur panjang-panjang. Bila dah sampai kat kaunter, excited sikit. Sikit la. Bila nak pergi ambik jubah excited lebih sikit. Jubah kat tingkat satu. Ikut flow dia. Prosedur ambik jubah kena ikut flow dia tu maksudnya kalau diploma ikut line diploma, dan sebaliknya. Bagi borang jubah tadi dan abang hensem atau kakak cantik akan bagi jubah konvo anda berdasarkan saiz kita. Dia tak tanya dah. Wooo. Bila dah dapat teruslah cuba-cuba dulu. Kalau dah biasa pakai M, jangan harap dapat M, S la. huu. Jubah tu besar sikit. Tang bahu. Er. Bila dah sampai datc ni semua berpecah. Yang ikut geng tetibe ikut geng lain. Tersasar aku haritu. Berapa geng aku ikut. Hoo. Lepas try nak pi bergambar la, tapi nak jugak pi rehearsal. Aku masuk dewan dulu. Penting jugak pergi rehearsal ni. At least boleh berehat dalam tu. Bila dah habis rehearsal terus keluar tangkap gambar. Masukla mana-mana asal boleh bergambar. Haa. 

Dah berjam-jam bergamba.. Masa untuk balik. Beg dah bawak sekali nak pi tido rumah mak saudara sebab family ade dah kat sana. Abah dan pakcik datang ambik kat datc dari Seksyen 19. Sesat jugak depa cari aku yang sembunyikan diri di Datc ni. Huu. Alhamdulillah jumpa dan balik rumah. Jumpa nenek atok ma adik beradik. Tido satu malam kat situ. Sedapnya dapat makan masakan nenek dengan mak. T.T 

Ok. Paginya aku bertolak dari rumah makcik pukul 7.15. Sampai sana dalam 7.30. Agak jem jalan masuk kat pintu belakang uitm. Tapi lancar la jugak. Sampai tu parking kereta kat Padang Kawad Uitm dan pergi ke DATC. Aku berjaya bawak family aku masuk stadium uitm dan datc. :). Ok masa ni tak pakai lagi jubah. Depan Datc baru pakai jubah dan topi. Time ni, kawan-kawan yang sempat jumpa pun tegur gitu je. Time ni dengan family. Takde geng la nak masuk dewan. Nasib baik ada budak merbok ni. Terjumpa dia plak terus masuk dewan untuk masuk baris. Ade gak geng. Beratur masuk dewan ni kat tingkat-tingkat bawah. Nun disana. Time beratur nak masuk dewan ni dia akan bagi kat no.giliran dan selempang pink mana yang ANC. Dah tiba perarakan masuk graduan, Sambil berarak masuk akan ada pembahagian buku konvokesyen. Bila masuk dewan tu macam wa.. segan dan excited. Ramai  dah orang time tu. Skrin besar ade di depan. Huhu. Time ni aku texting dengan kaklong je. Update ape kat dalam ape kat luar sana. Dia dengan yang lain bawah khemah kat luar. Boleh bawak masuk beg. Aku bawak masuk beg yang dia bagi. Semua benda aku letak. Air, phone, bedak. Haha. Berguna you alls. Bila dah mula, mula dengan rasa bahagia, sedih, sebak, bangga. Sedih bila tayang video pasal Dato' Sahol. Aku dah berairmata sebab teringat dekat ma dan abah aku yang begitu banyak pengorbanan dorang. Selempang pink yang aku pakai tu, at least buat mereka bangga dengan aku. Walaupun aku rasa ini bukanlah kejayaan sebenar. Bukan puncak kejayaan aku. Tapi aku bersyukur sebab mereka masih ada. 

Rasanya majlis ni berlangsung berjam-jam sampaikan tak sedar sebab asyik menunggu giliran yang entah bila tiba. Row by row bangun untuk menerima sijil masing-masing. Aku masih menunggu. Bila tiba giliran.. kena beratur diluar dewan. Betulkan ape yang patut. Bersedia jiwa raga. Huu. Akhirnya aku jejakkan kaki di pintu masuk dewan. Fuh. Sikit demi sikit aku langkah kaki naik pentas. Segan malu semua ada. Bila dipanggil nama aku, terus aku menuju ke Pro Chanselor. Jeng.. Kena bersalam. Dia hulurkan sijil sambil bertanya. Aku nak jadi apa nanti. Err. Jawab je. huhu. Lepastu, bahagia turun pentas. Wiwi~ Semua yang ANC kena duduk dalam satu tempat kat belakang. Aku ambik beg kat aku duduk tadi pi duduk kat budak-budak anc. Nama yang last mendapat tepukan gemuruh sebab semua eksited nak keluar dewan.

Lepastu ambik gambar untuk budak ANC dan Pro Canselor then habis semua baru bolehn keluar dewan. Sesak sungguh time nak keluar dengan parents pun keluar dari arah sama kena berhimpit dengan budak2 konvo. Nasib baik aku contact dengan akak aku dan pergi jumpa tempat time sampai awal-awal tadi tak la terpinga-pinga nak cari kat tempat lain. Dan.. semua menanti aku dengan bunga. Waa, banyak bunga. Terharu. Tapi family cakap punya lama tunggu turn aku.

Okay.okay lepas bergambar kat depan tu berpergi bergambar dekat studio dengan family. Sesiapa yang nak bergambar hari ni memang available lagi penuh semua bergambar dengan family. Tapi kalau daftar time hari ambik jubah dia akan bagi diskaun macam tu la. Habis kat studio pi pulak kat stadium. Bergamba sampai puas then aku pi hantar jubah sorang. Nanti dia bagi sekali dengan transkrip dan kI. Hari tu lupa nak ambik sekali dengan kI sebab tak tahu pun kena ambik. Haritu kirim kat kawan pergi ambik kat Shah Alam tu jugak. Bila habis konvo ni lega dah. Boleh pikir balik pasal degree pulak. In sha Allah nak grade degree on time. ! Alhamdulillah sempat jumpa dengan kawan kawan walaupun sekejap. Tu pun masa hari ambik jubah je. dan tu pun tak sempat jumpa semua. Nanti plan betul2 kalau nak jumpa. huhu. So.. nak share gamba siiiiikiiiittt.. :) sikit je.

beratur ambik jubahhh


bersama kawan-kawan UiTM Machang

Rehearsal konvokesyen selepas ambil jubah konvo

luar dewan untuk tetamu yang hadir

dah dapat lepas dari dewan. :) Alhamdulillah


ganjarannya hekhek


p/s: Alhamdulillah.. :)









T-shirt I Am

Assalamualaikum. Menaipnya saya disini adalah untuk menyuarakan satu pendapat. Uhuk. Sebagaimana sekarang popular pulak t-shirt I Am | "nama" . Dari pemerhatian saya, kaum wanita yang memakai baju I Am ni cenderung memakai baju ini dengan meninggikan tudung yang dipakainya. Bagi yang bertudung. Yakni, menampakkan bentuk dada. Adalah tidak baik untuk berbuat sedemikian. Tapi disebabkan baju ini muncul mereka semakin terdorong untuk melakukan hal sedemikian. Hanya untuk memaparkan tulisan I AM | "nama" tanpa mereka sedar mereka tidak menutup dada mereka dengan sempurna. Yela, dah beli baju mahal-mahal takkan tak tunjuk pula kan. Saya tak menipu kerana saya melihat dengan mata saya sendiri. Tapi bukan semua yang berbuat demikian, saya yakin masih ramai yang tahu menjaga 'gaya' mereka. Tujuan saya menaip ini bukan untuk membela diri ini sebagai seorang yang alim, mulia bak muslimah sejati tapi sekadar teguran yang amat kecil bagi saya. Kalau boleh labuhkan sedikit tudung supaya nampak lebih sopan dan manis. In sha Allah. Alhamdulillah ada minggu lepas dekat facebook saya tengok ada baju muslimah labuh juga baju I AM | "nama" ni. Di bahagian hujung bawah baju. Krikkrik. Itu sahaja dari saya. :)



(sumber google)

p/s: Aurat Kita Maruah Kita



Degree Life at UiTM Puncak Perdana



Maka bermulalah bab yang baru dalam hidup aku sebagai pelajar ijazah (IM 246) di UiTM Puncak Perdana dalam bidang Pengurusan Rekod. Ya. Puncak Perdana Shah Alam. Aku akui ada yang tak tahu kat mana UiTM Puncak Perdana ni. Puncak Alam ke? Yea, dekat-dekat la but not Puncak Alam. Puncak Perdana ni kecik je tak besar Puncak Alam tu ya. But know what, I’m so grateful sebab aku dapat kat sini. Memang tak besar tapi Alhamdulillah. 

Okay first day aku datang daftar pagi. Gerak dari Persint 9, Putrajaya dekat rumah pakcik. About 45 minit dari sana. Sampai-sampai jumpa Ihsaan dan Tirah. Farah dah ada kat dalam. Geng aku yang memang nak satu bilik seramai 8 orang. Disebabkan kami sampai agak awal kena tunggu lagi 4 orang. Sampai dalam kul 9 tapi pergi daftar kul 10.30. -.- One by one sampai. Fiza, Aida, Anis dannn Fizah. Punya taat setia kami tunggu. Lastly, dapat bilik tingkat 5. Blok 4 Laman E Tingkat 5 Hujung Sekali, 20. Huhu. Masa nak daftar, banyak pulak borang nak kena isi. Pen pulak tak bawak. Settle semua masing-masing berpecah pergi ambil barang semua. Beg, baldi semua tak kurang sikitnya. Kesian ma abah kakak adik pakcik angkut barang aku yang banyak nih. :D Smpai bilik letak barang. Cantik gak. Comfortable la. Setup barang sikit-sikit lepastu pergi keluar makan kat kedai belakang. Kandang. Kandang tu tempat makan. Sebelum masuk sini aku pernah survey blog-blog senior pasal kandang. Ok stop. Lepas parking terus serbu kedai kat tepi je. Makan pun sikit je takde seleralah katakan. Dah abis makan family hantar balik kat kolej. Sebak time ni nak berpisah. Lagi-lagi mak kita. Tak pernah jauh-jauh dengan family. Ma cakap jaga diri, abah cakap takpe kan ramai lagi kawan tu.. Lepastu babaiibabaii.. semua balik. Aku naik atas kemas-kemas bilik. Hari tu takde buat ape. Rehat saja.

Oh ye. Kolej ni namanya Kolej Jasmine. Semua pelajar lelaki or perempuan duduk dalam satu kawasan nih. Semuanya 5 blok. Kolej 1 kolej lelaki, kolej 2,3,4 kolej perempuan, kolej 5 separuh perempuan separuh lelaki. Bunyi cam ngeri je campur lelaki perempuan kan. Tapi divided la. Rumah macam apartment. Satu rumah ada 3 bilik. 2 bilik air. Washing machine ada provide di setiap blok bukan rumah. Bilik pertama master room, empat orang. Setiap orang kena bayar RM210. Maknanya satu bilik RM840. Dua bilik lagi single room. Dua orang satu bilik. Satu bilik pun RM840. Setiap orang akan bayar 420 seorang. Gulp kan. Lain bilik lain bayarannya. Pengecualian bayar bilik nih ada. Bagi yang kurang berkemampuan dan bagi pelajar yang aktif berpersatuan. 

Alhamdulillah semua kemudahan ada kat UiTM Puncak Perdana ni. Ada kafe, surau, unit kesihatan, klinik gigi, gelanggang badminton, gelanggang futsal, atm, gym, basikal, snooker, dan lain-lain. Pelajar yang tidak tinggal di kolej akan menetap di rumah sewa ataupun apartment berhampiran Uitm ni. Kat sana ada swimming pool dan taman permainan. Tak sure kat mana. Aku tak pernah pergi lagi tapi ada la kawan-kawan yang dah pergi. hoho

Hari kedua baru keluar dengan kawan-kawan diploma pergi kandang sambil kenal-kenal fakulti. Dekat dan kecik sangat. Tapi boleh tersesat jugak kalau cari kelas nih. Hari-hari berikutnya Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Dak-dak kelas pun dari Mache dan Alhamdulillah dapat kenal ramaiiii kawan baru. Bekalan air sering terputus sebab catuan bekalan air kat Selangor ni. Maunye penat angkut air dari bawah sampai tingkat 5. Setelah sebulan lebih tak balikkkk dari 3 march akhirnya balik pada 11 april. Rindu semua kat rumah. :D


Persint 9, cantik tempat ni :)

Semua cukup.

fakulti 

kelas


kolej


ruang tamu rumah




p/s: gambar tu je ada, nanti ade masa upload lagi. :) Btw, persiapan ke degree tak sama macam diploma. Time diploma laju je buat itu ini, degree slow sikit. hiks. Love Puncak Perdana ;*




Tarikh Konvokesyen UiTM ke 80 Diploma

Alhamdulillah hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Konvokesyen UiTM ke-80!. Untuk diploma Pengurusan Maklumat, in sha Allah konvokesyen bakal berlangsung pada 18 Mei 2014 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Sidang ke 10, waktu pagi. Sebelum tu pengambilan jubah dan raptai pada 17 Mei 2014. :) Soo excited, harap dapat jumpa kawan-kawan masa diploma dulu. :D 

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Raihan-Sesungguhnya

Mari La Mari - Isi Ptptn Kali Kedua

Apa khabar anak-anak ibu? Sihat? Cewah. Ok pada yang masuk universiti untuk degree or *diploma maybe* entri ni sedikit sebanyak dapat membantu awak-awak untuk mengisi permohonan PTPTN kali kedua.

First of all, pastikan anda membeli nombor pin PTPTN dekat BSN. Mana yang pernah dah daftar sebelum ni anda just LOG IN sahaja. Sebab? Pernah mintak PTPTN dulu kan? Kita pergi satu persatu.

Pergi dekat www.ptptn.gov.my . Pilih yang PTPTN Online.


Nanti akan keluar dialog box pasal SSPN. Wajib dah SSPN nih. Nasib baik la saya dah buat masa 2011 lagi. Wehe. :D Tapi buat kat Maybank seminggu baru dapat. --'

Okay, lepas tu log in macam biasa. Bagi IC dan Password. Tapi ade masalah pulak bagi yang lupa password or expired email. 


Yang mana salah password/email tu, so ada caranya.

Pegi kat page ni balik dan pilih Talian Terus Pegawai PTPTN Negeri. Kat sini masukkan IC dan dia akan bagi maklumat pegawai pemantau awak-awak. Dari zaman diploma dulu lagi, ptptn dah hantar kat email kita pasal Pegawai Pemantau tu. Cuba check balik. :D Tapi kat sini lebih cepatla. Cuba call pegawai tu dan bagitahu masalah, then dia akan reset password or email. 


Bila dah login dengan jayanya. Buat pendaftaran baru. Saya dah selesai isi dan hantar dah :D 


Selepas tu, selesaikan mana yang patut. Semua maklumat mesti diisi dengan betul dan tepat. *Untuk degree pilih Ijazah Pertama Sepenuh Masa. 



Bagi yang nak buat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN pinjaman diploma, print je borang INI.  Borang ni kena isi untuk buat penangguhan pinjaman kalau nak tunggu habis degree dulu. Kalau nak bayar terus taknak tangguh pun boleh kot kan. Jangan lupa sediakan mana-mana dokumen yang penting tu. Better bawak terus time nak masuk u ni. Oh ye, borang ni bleh pos terus kepada PTPTN atau tunggu nanti PTPTN datang nanti hari perjanjian tu.

Okay, rasenye tu je la kot. Sharing Is Caring You All :)

P/S 2015: Bagi yang bertanya, kalau masalah yang details saya mungkin tak tau sangat. Mungkin procedure zaman saya dengan zaman anda lain. Saya pun kurang update pasal ni :)  Tapi, apa-apa contact terus dengan pihak PTPTN k. :) 

P/S 2020: Kepada yang bertanya dalam tempoh sebelum2 ni, saya dah lama tak update blog so mintak maaf tak dapat nak balas. :) 





Result Permohonan Degree UiTM

Assalamualaikum, :) okay hari ni nak bercerita fasal semakan keputusan permohonan degree atau penerapan degree Uitm. Untuk sesi yang kedua 2013/2014, result dah pun keluar hari tu, 30 Jan 2014. Punyalah cuak menunggu keputusan ni. Fuh. Tapi apapun tak kisah, alhamdulillah sebab asalkan dapat sambung belajar. But, before nak mohon masuk penerapan degree nih mesti beli no.pin penerapan RM10.00 kat BSN. Lebih mahal or lebih murah tu bukan no.pin penerapan uitm ye. Isi melalui Student Portal. Fyi, Alhamdulillah saya dapat sambung belajar. Doa ma, abah, keluarga,kawan-kawan dan saudara mara dimakbulkan. Syukur sangat-sangat sampai melompat-lompat. Eh. Yela, sebab dapat tempat dan kos yang saya idam-idamkan. Wehe. Okay la, sambil saya menunjukkan kegembiraan saya time saya semak result, saya tunjukkan cara-caranya jugak. Boleh dak? 

First of all, pergi kat Portal Kemasukan Pelajar UiTM. Then, klik yang berkaitan. Macam kat bawah. *besarkan image kalau tak jelas

Lepastu.

Ha kat sini jangan konfius pulekk. Tekan yang penerpan, jangan lepasan diploma. Time ni berdebar sikit :*


Jenjenjeng...  Yang ni baru betol. Key in no.ic dan klik semak ! Amaran: Sila tutup mata anda dan buka perlahan-lahan.

Then. Tadaaa~ Alhamdulillah dapat kat Uitm Puncak Perdana Shah Alam. Benda yang firsttt skali saya tengok ialah TEMPAT. :) Teruja betul nak tahu tempat. Alhamdulillah berjaya. 


Okay, happy happy jugak. Nak kena buat ape lagi? ok, once kita dah klik setuju tawaran. Kita kena p scroll ke bawah pulak dan ade tekan button "seterusnya".


Lepastu akan keluar maklumat tawaran. Kat bawah tu kena tengok untuk pendaftran online pelajar. Lebih senang sebab daftar online, tunggu klik je.

Lagi.
Lagi.. ha, kat sini just klik daftar. Then anda akan terus jadi pelajar degree Uitm. :)

Okay bila dah daftar back to the page yang ade maklumat surat tawaran tadi. Kat tepi dalam petak biru tu jangan abaikan sebab penting. Sama jugak masa diploma. Cetak surat tawaran, bil bayaran, dan panduan. 


Surat tawaran. Nanti kena cetak la banyak yang mungkin. Dalam 3/5 copy ke. Untuk simpanan. :)


Bil bayaran. Dia akan keluar camni kalau dah bayar bil yuran.

Lepas tu. Tengok kat panduan pendaftran. Yang dalam petak merah yang nombor 4 tu wajib download dan print. Sebab semua tu benda yang penting macam borang daftar ape semua tu la.


Lepastu mana-mana yang nak buat pinjaman PTPTN boleh la klik yang kat bawah dalam petak biru tadi. Macam mana nak mohon ptptn kali kedua. Tunggu next entry okay. :D


Selepas dah terima tawaran, semak perkara atau dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Boleh download yang dalam panduan no.4 tu. 


 Yang ni, laporan kesihatan. Ramai or sesetengah la yang kata tak perlu dah buat
pemeriksaan kesihatan atau medical check up ni. Tapi sebenarnya perlu la.
Takkan tahap kesihatan kita masih sama macam dulu-dulu.
Nanti hantar laporan kesihatan ni kat Unit Kesihatan kampus.
ok. Tak rugi nye kita buat.

Ok la. Sekian sahaja dari saya. Tak 
sabar nak jumpa dengan kawan-kawan yang dapat course same. Jumpa kat puncak ye :* (*Dah bahasakan diri Saya pulak) :)









Jom Bantu Saudara Kita: Aman Palestin


Assalamualaikum. Mari kita sama-sama membantu saudara seagama kita yang berada di Gaza dan Syria. Pelbagai bentuk bantuan yang ada. Page facebook " Aman Palestin " memberi maklumat yang terkini mengenai Palestin.

Di atas adalah cara untuk menderma melalui SMS: 

1. Taip PALESTIN 10 (Jumlah sumbangan minima RM1 dan maksima RM10. Jika mahu menyumbang lebih, anda perlu buat dua kali transaksi)
2. Hantar ke 39111
3. Transaksi berjaya sekiranya menerima mesej ini 'RM10.00 Terima kasih kerana menderma untuk tabung Aman Palestin.' 
* Terbuka kepada telco Maxis, Digi dan Celcom sahaja.* Caj SMS adalah bergantung kepada telco yang digunakan pengguna.
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”

( HR Muslim dan Tirmidzi )

Tanggalkan Kaca Matamu , cc: Budak tomato

Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.

*tampar diri sendiri*

Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.

Diri,

Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila di hina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.

Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. Realiti? Kau hancur. Sudah-sudahlah.

Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main dota boleh pula rajin kan? Exam buat nak tak nak, tapi result nak gempak, kan? Ibadah nak cepat, tidur nak lama, makan nak sedap, rumah nak bersih, duit nak banyak, Al Quran? Ah satu dua muka surat sehari kira okay lah tu. Kan?

Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear ibadah, cukup ala kadar. And then kau expect diri nak masuk syurga? Sedarlah diri tu, sedar.

*nangis*


Awak yang diberi keizinan mengawal jasad,

Awak sedar tak semua yang Allah bagi ni pinjaman? Awak sedar tak duit berkepuk-kepuk dalam dompet tu semua Allah yang punya? Awak sedar tak awak bernafas tu atas izin siapa? Awak sedar tak masa lapang awak terbazir sia-sia? Awak sedar tak masa yang dah berlalu tu tak boleh di ulang semula? Awak sedar tak hidup awak diperhatikan Dia? Awak sedar tak jantung awak tak berhenti berdegup waktu awak buat dosa tu atas rahmat dan kasih sayang siapa?

Sedar tak awak?

Awak masih tak sedar?

*lempang diri sendiri lelaju*


*tulis surat untuk diri sendiri*

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda



*tarik nafas dalam-dalam*


Dia tahu aku down. Dia tahu aku penat. Dia tahu aku lemah. Dia tahu aku lelah. Dia tahu betapa hancur luluh hati aku. Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terus melangkah. Dia tahu.

Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.

Surah Al Mulk. Ayat 13.

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

Nangis.

Argh! Pedih. Hati ni pedih. Sakit.

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Allah sayang aku. Allah tahu aku mampu. Sebab tu Dia terus terusan bagi aku ujian. Dia bukan benci aku. Tapi sebab ujian yang hebat cuma untuk orang yang hebat.

Ajaib urusan mukmin, bila ditimpa musibah, mereka bersabar. Bila diberi nikmat, meraka bersyukur.

Rasa macam...

Beriman ke aku ni? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.

Lalu aku duduk. Mata masa habuk.


Digelar 'pendakwah' bukan satu yang boleh dibawa main. Ini amanah, dan perkara yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah.



"Kau tahu tak, kebanyakan pendakwah ni kaca. Cuma segelintir saja yang mutiara."

"Apa maksud kau?"

"Kaca tu benda senang nak dapat. Rapuh pula tu."


"............."

"Mutiara tu mahal. Susah nak dapat. Tahan lasak, susah pecah, kuat."

Diam. Nak marah, ada betulnya. Nak setuju, hati macam taknak terima.

"Aku taknak kau termasuk dalam kategori kaca. Sebab kaca dan mutiara, kilauannya sama. Tapi, nilainya berbeza."

"Apa yang boleh buat aku jadi mutiara?"

"Buang riyak. Buang rasa bangga diri yang tumbuh dalam ni."


Katanya sambil tepuk dada aku beberapa kali.

Terasa semacam terkena renjatan elektrik. Pedih tertusuk sampai ke ulu hati.

"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."

"Contoh manja?"

"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putus asa."


Jeda seketika.

"Lagi?"

"Muhasabah diri. Apa negatif yang ada dalam diri, besar kemungkinan, ia termasuk dalam kategori manja tu."


Lalu dia pergi.

Termenung.

Kawan tu, yang datang dan tegur untuk sama-sama perbaiki. Bukan sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi.


Lalu aku tanggalkan kaca mata ini. Kaca mata yang menunjukkan segala kebaikan yang pernah aku buat. Mula melihat dosa yang aku buat selama ni dan aku abaikan kononnya Allah tu sifatnya bukan Maha Melihat.


indah penulisan dia :)

Kami Tahu Tapi Kami Tak Buat


Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita seding menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?



p/s:Samasama muhasabah diri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...