Tengok sini. :)

Okay, lama sangat dah tak update mailuvly belog nih.. Padahal ari2 aku duk jenguk si dia nih, tapi tak sampai hati pulak nak update. whahaha! Ape kabar anda yang baca belog ni? lau ade time taceh.. ;) hope baik2 saje kan. First kes yang nak di bentangkan kat sini ialah..

OMG OMG OMG! KakLong aku dah bertunang! Alhamdulilllah semuanya dah berjalan lancar. Dan paksu aku pun dah selamat diijabkabul. so, sekarang adik2 belah mak aku semua dah kawin. belah abah ade dua orang lagi. then, who next?? haha. Aku lah kan. ^^.

tolak tepi cite tu. Ni pasal aku pergi kem teambuilding kat Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang.  Team building ni bawah kelab High Achievers Club, DAN! Program ni bertembung *dush* dengan progrm part1 kos aku, Image Newbie Week. Persatuan fakulti kos Information Management. Aku kena pergi kem tu sbb sem lepas dah tak pergi. sob sob.. aku nak sgt join prgm image tu. tapi ape daya... Malam last tu tekad aku nak pergi. haha jumpa ngn kwan and adik2.. banyak psembahan yg mnarik dapat tengok..


Arrgghh ape lagi nak cakap nih. haa hah, sekarang aku kat umah tengah berrrrcuti mid sem break. keje aku online fesbuk je hari2. assignment pon hanya sampingan je. whee~



kitorang duk lam khemah :) *team building



benda ni best! 




kat perkampungan orang asli.

pembentangan grup tuk proposal


dah nak balik~ 


done ! :)






Terima satu nota. ehem

Ku terima satu nota darinya.. yang tertulis aku suka KAMU ~

: nota dari hati :
:)

I Love You : kee ~


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you



Ke Angkasapuri RTM

Assalamualaikum..

Ehem nak sangat cerita semua kat blog ni. huhu tapi malangnya tak sempat la. Ini pun kejap. rindu blog nih. ape aku boleh cerita hujung minggu lepas (2012) aku pergi KL... hoho ok, under persatuan. High Achievers' Club. Pengarah Projeknya Kak Alifah. Aku sebagai Biro Perhubungan dan Korporat. Nama program ni MELANGKAH KE DUNIA PENYIARAN BERSAMA RANCANGAN TELEVISION MALAYSIA (RTM): ANGKASAPURI. So kitorang pergi kemana? pergi Angkasapuri RTM.. yang paling suka dapat jumpa ustaz ASHRAF Imam Muda. :) 

Ha, kitorang menginap kat mana? Kat kolej Meranti Uitm Shah Alam... kolej Lelaki. Memang adalah pelajar lelaki kat situ. Pergi dalam bulan puasa, rasalah bagaimana puasanya orang bermusafir. Eceh. Bersahur kat kedai. Bersahur punya awal. Malam first kitorang sampai kolej tu lebih kurang kul 3 pagi. Memang besar gedabaklah Uitm Shah Alam tu. :) huhu 

Bila dah sampai kat sana memang excited la. Mula-mula menunggu kat depan tu. Then, yang pengacara or pembaca berita RTM TV1, Shahril Sarapudin pun ada. Dia bekas pelajar di Uitm Machang juga dan bekas pelajar sekolah aku dulu. huahua. SMK Sultan Yahya Petra 1. Ni aku tengok kat profile facebook dia. Dia membantu jugak dalam tour kitorang ni. Sempat la tengok secara live dia membaca berita pukul 12 tengahari. Tapi tengok kat bilik production la. Bilik yang ade tv banyak-banyak tu. huu. Ada 3 orang lagi abang yang guide kitorang. Tunjuk studio-studio. Contohnya, studio Selamat Pagi Malaysia dan studio yang RTM slalu buat konsert, dapat masuk kat sana. Satu lagi masuk kat bahagian pakaian dan make up. Oh ye, RTM dia ade bahagian tV dan radio. Kat radio, kitorang masuk sau konti ni. Konti Selangor FM tak silap. Penasihat kitorang sempat ditemuramah orang DJ. Masuk konti ni kena silent phone tau. Kat satu jalan tu kiri kanan ada konti-konti radio lain.

Seronok. tambah lagi hubungan kami, senior junior dalam persatuan ni makin rapat. Antara aktiviti lainnya kitorang pergi I-city. Pegi Petrosains. Membeli makanan berbuka dekat bazaar. First day berbuka dekat  Masjid Negeri Shah Alam dan hari kedua berbuka kat Masjid Jamek. Best sangat-sangat berbuka kat masjid ni. Ramai orang. Jom tengok gamba. 









dalam bilik berita..
abg2 yg guide kitorang..

kat kolej Meranti.LAST DAY sblm ke Petrosains





Baca-baca !

Assalamualaikum.. okay, dah lame tak update. 'sangat'. Alhamdulillah setakat ni saya masih sehat walafiat. Dah masuk bulan Ramadhan da. 'Selamat Menyambut Bulan Ramdhan al Mubarak'  ek.. :) Okay, secara ringkas. minggu2 lepaskan ade entry pasal perkhemahan tu, so, ade la cerita dia. agak best la kem tu sebab boleh main air pantai.. air payau ^^. yang penting dapat menyelam 0.5 saat !! ngeri gila kalau masuk air dalam telinga. ( saya takot :{ ) kalau maen2 je suka lah pulak. Then lepas balik dari kem tu, memang dpt kesan habis muka. ha, jarak perjalann untuk tiba di kem tu kami kena berjalan,, berjalan, jauh, jauh sgt. lebih kurang satu jam setengah kitorang berjalan dengan beg nye lagi, barang2 kem lagi. siap angkut beg ngan kayu. kekeke~ 

Lepas tu plak, hari sabtu kemudiannya. ade promotion! project utk asaimen kat Muzium Kraftangan, KB. Yang ni pun bolehla kira best sebab kitorang sendiri yang handle event nih. orang-orang putih pon ada ma.. australia, laos, and italy.(ade bukti tau)..  kitorang keluar bilik dari pukul 7 pagi dan masuk balik bilik pukul 8.30 malam ! sebabnya perjalanan kami yang tak lama tu dipanjangkan. ^^ ha,punyer penat, and ingat dah boleh berehat, tp tidakk. aq dapat mesej kena pegi meeting kul 9 kt SC. Oh ibu.. nasibla ade energy lagi, lepas solat semua, barulah pegi. bila dah pegi meeting ingat lagi ni. ingat balik la dalam kul10 lebih. tapi. kul 12 lebihh.(a.m). -_- balik pulak jalan kaki. sodeh eh.. lepas tu lah boleh tido lena-lena... zZzZzZzZ

Okkk, em selamat menjalani bulan puasa eh. saya nak mintak maaf kalau saya ade salah atau silap ek. :)

perjalanan itu menguji diri ini~


kayu ni membantu kami. huhuhu. penat-penat..

lepas terjun air payau. hoho

kumpulan kitorang. 'chipmunks' 

water confident. tak berape konfiden eh.aish. 

beratur amik makanan..

masa yang ditunggu.. lepas main air pantai, air ni plak..

bestla..

peace dulu..

huihui..

buzy..buzy.. hoho

suasana di creative corner.. -rosma, nurul n shima

Cik Tim - lecturer :) cuba menganyam ketupat


sep2 quiz - nurul, suhaili, husna

ditempat pameran dijalankan..


adik kakak kite. hoho

bergambar ngn Cik Tim ^^


dia malu-malu. comel..


ummi.. ummi.. ummi..


kite takde sini :(


bergabung--

mereka dari Australia..

mereka itu dari Italy..

geng2 pameran - "Pameran Anyaman" - ika, amni, ummi, fizah


# macam2 sudah jadik..
# saya happy sekarang :)


Bermulalah perkhemahan itu....

Assalamualaikum..

Okay,, esok,! esok masanye tuk pegi kem! :( untuk kesatria.. mulanya rancang ke taman negara kuala koh, tapi bertukar tempat ke Laguna beach resort. em aku sendiri taktahu tempat tu. huhu abiss la muka aku! wuwu~ dekat2 ngan pantai lak tu.. yang bestnye nanti geng2 khemah leh pilih huhu so, taklah janggal sangat. first round ni, diutamakan pelajar2 kos AM(pentadbran awam), AD(art n design), AC(akaun, dan IM(pgurusan maklumat: SAYA ^^)... HARAP semuanya berjalan dgn lancar dan selamat. amin.

oh ye. salam nisfu syaabaan. :) tadi Yob datang ceramah kat kolej TDM :)
Memohon kemaafan atas segala salah dan silap.. :)


Wordless #2




* suka , tapi biar Allah swt yang aturkan. :) *

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.




Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...