Ke Angkasapuri RTM

Assalamualaikum..

Ehem nak sangat cerita semua kat blog ni. huhu tapi malangnya tak sempat la. Ini pun kejap. rindu blog nih. ape aku boleh cerita hujung minggu lepas (2012) aku pergi KL... hoho ok, under persatuan. High Achievers' Club. Pengarah Projeknya Kak Alifah. Aku sebagai Biro Perhubungan dan Korporat. Nama program ni MELANGKAH KE DUNIA PENYIARAN BERSAMA RANCANGAN TELEVISION MALAYSIA (RTM): ANGKASAPURI. So kitorang pergi kemana? pergi Angkasapuri RTM.. yang paling suka dapat jumpa ustaz ASHRAF Imam Muda. :) 

Ha, kitorang menginap kat mana? Kat kolej Meranti Uitm Shah Alam... kolej Lelaki. Memang adalah pelajar lelaki kat situ. Pergi dalam bulan puasa, rasalah bagaimana puasanya orang bermusafir. Eceh. Bersahur kat kedai. Bersahur punya awal. Malam first kitorang sampai kolej tu lebih kurang kul 3 pagi. Memang besar gedabaklah Uitm Shah Alam tu. :) huhu 

Bila dah sampai kat sana memang excited la. Mula-mula menunggu kat depan tu. Then, yang pengacara or pembaca berita RTM TV1, Shahril Sarapudin pun ada. Dia bekas pelajar di Uitm Machang juga dan bekas pelajar sekolah aku dulu. huahua. SMK Sultan Yahya Petra 1. Ni aku tengok kat profile facebook dia. Dia membantu jugak dalam tour kitorang ni. Sempat la tengok secara live dia membaca berita pukul 12 tengahari. Tapi tengok kat bilik production la. Bilik yang ade tv banyak-banyak tu. huu. Ada 3 orang lagi abang yang guide kitorang. Tunjuk studio-studio. Contohnya, studio Selamat Pagi Malaysia dan studio yang RTM slalu buat konsert, dapat masuk kat sana. Satu lagi masuk kat bahagian pakaian dan make up. Oh ye, RTM dia ade bahagian tV dan radio. Kat radio, kitorang masuk sau konti ni. Konti Selangor FM tak silap. Penasihat kitorang sempat ditemuramah orang DJ. Masuk konti ni kena silent phone tau. Kat satu jalan tu kiri kanan ada konti-konti radio lain.

Seronok. tambah lagi hubungan kami, senior junior dalam persatuan ni makin rapat. Antara aktiviti lainnya kitorang pergi I-city. Pegi Petrosains. Membeli makanan berbuka dekat bazaar. First day berbuka dekat  Masjid Negeri Shah Alam dan hari kedua berbuka kat Masjid Jamek. Best sangat-sangat berbuka kat masjid ni. Ramai orang. Jom tengok gamba. 









dalam bilik berita..
abg2 yg guide kitorang..

kat kolej Meranti.LAST DAY sblm ke Petrosains





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...