Assalamualaikum. Alhamdulillah
kali ni rajin nak update blog. Ni real punye update blog pasal pengalaman aku.
Btw, sekarang aku tengah cuti semester bagi sem 5. Masuk ni dah sem 6. Yeay
tapi takut ler pulak. Okay berbalik kepada tajuk yang diberikan di atas, hari
ini Cik Siti hendak menceritakan pengalaman Cik Siti menjalani Latihan Industri
dekat Institut Jantung Negara bagi tahun 2014. Bukan real punya praktikal, tapi
mini je la. Untuk sesiapa budak pengurusan rekod yang hendak join, boleh join. Program
yang berMOU dengan IJN ni akan diadakan setiap tahun. Berkait rapat dengan
medical record. Program ni diadakan selama sebulan. Spesifiknya, yang aku IJN
haritu selama 20 hari bekerja. So, aku dan kawan-kawan join ni siri yang ke-7 lah kalau tak silap. Cik Siti join masa sem 3.
Okay, keputusan nak join ni
dipengaruhi oleh kawan-kawan. hehe. Aku bertiga je dengan Farah dan Fizah.
Memang tak kenal sape-sape pun. Senior ade, junior ade. Lepas tu pikir jugak
pasal new experience yang akan dapat kan kalau join program macam gini. Bila
bagitahu ma dan abah dorang akan tanya pergi dengan apa. Waktu kerja macam
mana, elaun ada ke, tinggal kat mana semua tu lah. Aku join program ni lepas
raya. Yakni beraya kejap je kat kampong tercinta tu. Kami diberi kemudahan
kolej yakni tinggal kat Blok 5, atas pejabat kolej. Kerja kami weekdays.
Weekend macam biasa. Keluar rumah dari jam 6.00 pagi balik dalam lepas asar
macam tu sampai kat kolej. KL > Shah Alam. Bayangkan, pergi tido, balik pun
tido dalam bas. Hari-hari dengar HOT FM. haha. Dapat pak cik bas yang pasang klasik FM lagi la tido. huhu. Oh ye, pakaian pulak bebas je tapi tak lah bebas boleh pakai
seksi mekci. Tapi digalakkan pakai seluar dan pakai kasut tertutup. Pasal elaun
pulak tu, memang la tak banyak sangat. Korang kira lah RM15 sehari kali dengan
20 hari. hihi. Hujung minggu kami akan dapat elaun dalam angpau. hihi.
Latihan ni sebenarnya pasal
manage rekod pesakit. Dekat IJN dia panggil Patient Medical Record (PMR). Kali
ni kami kena banyakkan space untuk files semua tu sebab masalah space la ni.
So, wujudlah tugas ‘Thinning’, atau digelar team kuruskan rekod, scan CD
(takdela susah tapi banyak jugak tengok geng CD buat, macam scan CD tu then pilih yang mana nak kena dispose and yang mana nak
kena simpan), satu lagi kerja dekat bilik files (cari rekod yang akan
diretrieve oleh doktor or nurse). So, semua kerja tu ade target dialah nak kena
settlekan iaitu 8280 PMR dan kitorang buat 8730 PMR. Yeay.
Bahagian Thinning, kitorang dalam
20 orang macam tu kot (ada scanner, runner bagai). Bahagian CD dalam sikit,
dan dekat bilik rekod (dekat bilik mayat) sikit. Thinning la
paling ramai sebab rekod punyaaaaa lah banyak. Cik Siti dapat bahagian
Thinning. Setiap kali penyertaan, pihak IJN dah state siap-siap tugas2 student
ni. Mula-mula tu berdebar jugak sebab risau tak pandai buat dan takut tersalah.
Tapi Alhamdulillah kami diberi tunjuk ajar. First day pun kekok lagi. Aku
dengan Farah bahagian Thinning, Fizah bahagian CD. Staff yang sentiasa ada
dengan kitorang ialah Encik Raja (student IM jugak dulu), Encik Saiful dan ade
lagi sorang sekali dengan pekerja-pekerja yang lain (tmasuk temporary).
Semuanya LELAKI ya. huhu. Sebab dorang kena angkut files semua tu lah.
Sekarang aku cerita pasal skop
kerja aku lah ye. Atas tu intro la kira kan. Duduknya aku dalam lab tu
bertemankan rakan yang lain adalah menunggu file tiba dan uruskan dia. Relax je
sebab dalam tu ade air cond dan kami semua kebekuan. huhu. Tiap hari pasang lagu. Feeling giteww. Macam-macam pesakit
ada, dari baby sampai yang tua. Sob sob. Sebab dalam tu ada maklumat lengkap
pesakit. Okay, semua files tu diangkut dari bilik rekod dengan troli. Troli tu
la yang akan ada setiap hari. Proses dia:
1. Files yang sampai akan di scan dulu oleh sorang student
yang dilantik sebagai scanner. huhu.
2. Habis satu troli tu baru boleh edarkan kepada kakak-kakak
thining yang sedia menunggu untuk ‘kerjakan’ file tu dimeja masing-masing.
3. Hah, bila dah dapat tu. Kena pastikan dalam folder tu ada
file biru. Kalau ada file kuning tu maknanya volume dia. So, file biru tu lah
kena kuruskan.
4. Periksa file biru. Buang document yang lama. Simpan tiga
latest date sahaja. Bagi dia kurus. Bukan buang dalam tong sampah, tapi letak
dalam file kuning tu.
5. Yang betul-betul tak diperlukan lagi letak dalam kotak
kosong.
6. Kalau condition folder tu nampak buruk, nazak sangat, tukar
baru.
7. Maklumat kena maintain tak
boleh ubah.
8. Bila nampak kurus, okay, done.
9. Letak tepi then akan datang abang-abang sado yang akan
ambik ataupun kakak-kakak ni lah.
10.Bila dia ambil, akan ada orang yang jaga bubuh sticker dekat
folder yang baru. Sticker untuk scan.
11.Bila satu troli dah siap diproses, akan dibawak keluar untuk
discan oleh scanner ‘out’ pulak. Yang scanned memula tadi tu ‘in’.
12.Yang nak kena dispose dorang letak dalam kotak hantar kat
Recall.
13.Yang dah ejas tu letak balik kat bilik rekod.
14.Dan macam tu lah setiap hari. (berpuluh troli)
So, untuk semua ni memerlukan
senjata yang cukup la. Kalau dak, kucar-kacir kerja. huehue. Antara yang
diperlukan ialah marker pen, stapler, cellotape, gunting, fastener, dan puncher
yang kecik dan besar. Bila guna benda ni kena hati-hatilah. Aku dan akak senior
pun pernah kena. Gunting la, puncher la. haha. Berbalut tangan.
Masa berkerja start dari jam 8.30
pagi rehat dalam 12.30 tengah hari, masuk balik jam 2.00 ptg. Balik kerja
kadang-kadang jam 4.30 or jam 5 ptg. Nak dekat-dekat habis haritu kemain boleh
balik awal. huhu. Okay kami makan kat mana?? First, kami pi makan dekat kafe
IJN tu. Kalau rajin kami keluar pi makan dekat kafe PNM (Perpustakaan Negara
Malaysia). PNM seberang jalan IJN je. Dipisahkan dengan jambatan je. Kalau
solat, dekat surau IJN. Surau IJN besar tapi level atas la, naik lift. Kalau
solat jumaat tu, ramai la solat kat sana. Tapi sejak dua menjak lepas tu aku
dgn kawan solat dekat surau kecik je. Ada surau dekat setiap level. Sempena
hari raya, IJN ada buat majlis hari raya. Meriahh. Dapat ole-ole lagi.
Okay hari last kami adalah majlis
penutup tu je. Memang tak sentuh files dah haritu. Dapat sentuh angpau dengan
sijil je lah. hehe. Alhamdulillah kami capai target jugak. Memang best lah join
program ni. Pengalaman: First time naik lift sorang2 hihi. Dapat kenal ramai orang, senior dan
junior. Kalau tak silap kami semua 39 orang. Hanya dua LELAKI (sorang master).
Tapi kami semua okay takde geng sombong geng berlagak semua. Just semua bangga
dengan kerja memasing. haha. Check result final exam sem 3 pun sebelum masuk
kerja. huhu. Disebabkan aku join program ni sem 3, so sem 5 ni aku join lagi.
yeay! Misi kali ni lain pulak. Katanya mungkin disposal pulak. Ade beberapa orang
yang pernah join pun join jugak kali ni dan ramai classmates yang join. In shaa
Allah, lain masa lain pengalaman. Semoga dipermudahkan. Doakan kami semua. :)
Kenangan :