Hanya mampu mengucap je aku duk kat rumah ni. Malas makin bertimpa-timpa dek kerana keasyikan duk buat perkara yang melalaikan kat rumah ni. Layan facebook tak tentu arah melebihi had jam yang telah ditetapkan sampaikan tengok runningman tak menentu. Tv hanya tengok bila mata sekilas memandang. Tapi tengokla jugak. Entah kenapa aku suka sangat tengok rancangan Romantika kat astro Ria ni. Seronok agaknya tengok orang yang dah berumahtangga. Yela, halal, sweetnya bertambah-tambah lah. Oke, aku sedar, dah jauh dari topik malas. ==' Sambung balik. Assignment yang kena hantar aku tak pedulikan pun. Apatah lagi nak study dikala test-test akan menjelma sebaik sahaja masuk kuliah selepas raya ni. Oh malasnya. Aku akan bertambah malas, bila balik kampung. Oh kampungku. Kat kampung takde internet, aku hanya boleh tengok tv akan bergembira dan bermesra dengan ahli keluarga ataupun duk je dalam bilik. Tak boleh duk dalam bilik, nanti tak molek. Tapi kalau ada internet pun aku duk bukak facebook je. Yelah, twitter apa sume tu aku tak ada. Ha, kat umah ni aku selalu berwechat dengan kawan-kawan. Aku suka dengar suara comel suhaili. Ain, kawan yang dipisahkan sejak beberapa tahun lalu dapat la aku berwechat dengan dia. Oh wechat. Malas-malas pun aku buat jugak kerja. Hiuhui. :)
gambar hiasan.ngeh3
perkara biasa la tu sbb bukan selalu balik so mood nk buat kerja dah tercampak jauh , silap2 tertinggal kat kolej tuwh, tu yg takdak mood sgt kot. but cuba lawan ye, nak2 lagi bila bukak nie ada test, nanti menyesal x sudah. chaiyok2 !
ReplyDeleteBetul betul betul. lawan aje! :)
ReplyDelete