Hadiah Dari Someone

Biarpun hari lahir aku dah lama berlalu, kira-kira 3 minggu selepasnya, seorang hamba Allah ni tetap nak bagi hadiah kat aku. Early, dia kata nak bagi something yang dia buat sendiri tapi oleh kerana dia kurang keyakinan diri, dia bagi benda yang lain. Aku sebenarnya annoying sikit ngan dia nih. Aku pun tak tahu kenapa. Kejap aku boleh ok lagi la, tapi lepas tu, jadi lain lah pulak. Ketika exam hari yang kedua, exam IMD253 kat block D tu aku keluarlah awal. First, memang nak keluar awal sebab tk mungkinlah aku nak tunggu dalam tu lama2 walaupun aku dah siap. Second, aku nak ambik hadiah ngan dia seperti yang dijanjikan. dia nak sangat bagi. So, aku contactlah dia cakap boleh la jumpa lau nak bagi. Dia duk kat pi (pusat islam), time tu dekat asar. Aku suh dia datang blok d. HAHA jahat kan. tapi dia cakap jauh la pulak. dia suh aku datang dekat Pusat Islam. Amboihh aku berjalan kat sane lah yee! sekali dia suh p solat Asar berjemaah. Aku cakap kat blok d ni pun leh solat gak. Aku pun suh gak dia datang blok d, dia cakap lepas dia solat dia datang. HAHA nak jugak ye.. 

Lepas tu, kami contact balik dia cakap dah sampai. Time ni x ramai lagi la yang keluar kelas exam tu, so aku p la sorang g ambik kat foyer blok d. Aku nampak dia bawak hadiah tu. Dia tak bungkus hadiah tuh! aku dah suruh dia jangan bagi orang lain nampak. haih mamat nihh.. tapi ok jugak dia tak bungkus, hadiah tu x bungkus pun ok. Huhu. Bila jumpa tu, kejap je. Aku jenis lju je ambik barang then blah. haha tapi takla sampai x bercakap langsung. Aku tanya2 la jugak. then cepat2 naik tangga. kesian dia datang blok d, tp kejap je aku jumpa, dia mcam nak borak lagi. ade aku kisah? wewe~

Bila dapat hadiah tu, aku letak dalam beg terus. Then aku bukak. Aku jumpa satu kertas. Kertas putih ada tulisan atasnya. Hm. Aku tengok sekilas dan aku simpan then aku niat baca kat bilik. Balik bilik petang tu, kemas2 semua. Aku duk kat katil. Sambil bawak buku tu, aku buka kertas tu, Haiyo, ade kertas, Luahan hati. Alamak ape ni. Aku baca satu persatu. Dan tiba kat lassssssst tu. perghh.. Aku tutup kertas tu, aku tutup muka sambil gelakk senyap2. Time tu roomate aku sume ade, so aku kena control la sikit.Tapi pastu farah. Roomate aku ni, sempat tanya, ape tu?aku tunjukla. dia tanya sape bagi aku cakap mamat annoying tu. Farah cakap, Wa, bagus dia ika. hmm... Entahla. Em pastu, ape mamat ni cakap ni hm . Jiwang la. Tapi, bukan jiwang sangat. Dalam kertas tu dia tulis pasal rasa hati dia kat aku. Aku tahu dia ikhlas,. Dia selalu cakap kat aku, kalau kita bersungguh2 pasti Allah swt akan tolong. Hmm. Aku takleh nak cakap perasaan aku kat dia. 

Aku bukan nak berjiwang sangat sebab benda ni kan bukan macam dulu dah. Bukan macam kat sekolah rendah or sekolah menengah. dulu bolehlah anggap cinta monyet la. tapi sekarang dah lain aku rasa. lelaki ni kalau dia sayang kat perempuan tu, dia sayang betul2. ye dak laki2?? haa.. em, dia cakap hadiah dia tak seberapa pun, dia just bagi mungkin benda ni bleh bagi ilmu kat aku kan. confirm2 aku akan baca. Aku berterima kasih kat dia sebab sudi bagi sesuatu yang bermakna tentang kekasih Allah ni. :)









p/s: tak semua benda 'poyo' :D 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...