Hari Jubah Saya: Konvokesyen Uitm ke-80!

Assalamualaikum. Jeng3..Entry yang paling ditunguuu dah tiba. hekhek. Suka sangat nak update blog tapi malas saja. Yeay, hari tu dah konvo (Diploma Pengurusan Maklumat, UiTM Machang Cawangan Kelantan). Dengan izin Allah swt, aku dan kawan-kawan dapat merasai apa itu Hari Konvokesyen. Hari Topi Empat Segi, Hari Jubah dan sebagainya. Nikmat menghadiri konvokesyen, rahmat bertemu kawan-kawan.. Okayh.. konvokesyen aku berlangsung pada 18 Mei 2014 di DATC, Sidang 10, sesi pagi, kedudukan B756. :D Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Bermula dengan pengambilan jubah pada hari sabtu 17 mei, aku dan kawan-kawan gerak dari puncak perdana menaiki bas rapid ke uitm shah alam. Majoriti dalam bas sek2 machang saja. Ada yang datang tinggal kat kolej Jasmine ni. Bagai nak balik kampung. Sampai ka DATC, tengahari. Tak sempat ambik jubah awal. Punya panjang beratur. Kalau ambik awal tak kena beratur panjang-panjang. Bila dah sampai kat kaunter, excited sikit. Sikit la. Bila nak pergi ambik jubah excited lebih sikit. Jubah kat tingkat satu. Ikut flow dia. Prosedur ambik jubah kena ikut flow dia tu maksudnya kalau diploma ikut line diploma, dan sebaliknya. Bagi borang jubah tadi dan abang hensem atau kakak cantik akan bagi jubah konvo anda berdasarkan saiz kita. Dia tak tanya dah. Wooo. Bila dah dapat teruslah cuba-cuba dulu. Kalau dah biasa pakai M, jangan harap dapat M, S la. huu. Jubah tu besar sikit. Tang bahu. Er. Bila dah sampai datc ni semua berpecah. Yang ikut geng tetibe ikut geng lain. Tersasar aku haritu. Berapa geng aku ikut. Hoo. Lepas try nak pi bergambar la, tapi nak jugak pi rehearsal. Aku masuk dewan dulu. Penting jugak pergi rehearsal ni. At least boleh berehat dalam tu. Bila dah habis rehearsal terus keluar tangkap gambar. Masukla mana-mana asal boleh bergambar. Haa. 

Dah berjam-jam bergamba.. Masa untuk balik. Beg dah bawak sekali nak pi tido rumah mak saudara sebab family ade dah kat sana. Abah dan pakcik datang ambik kat datc dari Seksyen 19. Sesat jugak depa cari aku yang sembunyikan diri di Datc ni. Huu. Alhamdulillah jumpa dan balik rumah. Jumpa nenek atok ma adik beradik. Tido satu malam kat situ. Sedapnya dapat makan masakan nenek dengan mak. T.T 

Ok. Paginya aku bertolak dari rumah makcik pukul 7.15. Sampai sana dalam 7.30. Agak jem jalan masuk kat pintu belakang uitm. Tapi lancar la jugak. Sampai tu parking kereta kat Padang Kawad Uitm dan pergi ke DATC. Aku berjaya bawak family aku masuk stadium uitm dan datc. :). Ok masa ni tak pakai lagi jubah. Depan Datc baru pakai jubah dan topi. Time ni, kawan-kawan yang sempat jumpa pun tegur gitu je. Time ni dengan family. Takde geng la nak masuk dewan. Nasib baik ada budak merbok ni. Terjumpa dia plak terus masuk dewan untuk masuk baris. Ade gak geng. Beratur masuk dewan ni kat tingkat-tingkat bawah. Nun disana. Time beratur nak masuk dewan ni dia akan bagi kat no.giliran dan selempang pink mana yang ANC. Dah tiba perarakan masuk graduan, Sambil berarak masuk akan ada pembahagian buku konvokesyen. Bila masuk dewan tu macam wa.. segan dan excited. Ramai  dah orang time tu. Skrin besar ade di depan. Huhu. Time ni aku texting dengan kaklong je. Update ape kat dalam ape kat luar sana. Dia dengan yang lain bawah khemah kat luar. Boleh bawak masuk beg. Aku bawak masuk beg yang dia bagi. Semua benda aku letak. Air, phone, bedak. Haha. Berguna you alls. Bila dah mula, mula dengan rasa bahagia, sedih, sebak, bangga. Sedih bila tayang video pasal Dato' Sahol. Aku dah berairmata sebab teringat dekat ma dan abah aku yang begitu banyak pengorbanan dorang. Selempang pink yang aku pakai tu, at least buat mereka bangga dengan aku. Walaupun aku rasa ini bukanlah kejayaan sebenar. Bukan puncak kejayaan aku. Tapi aku bersyukur sebab mereka masih ada. 

Rasanya majlis ni berlangsung berjam-jam sampaikan tak sedar sebab asyik menunggu giliran yang entah bila tiba. Row by row bangun untuk menerima sijil masing-masing. Aku masih menunggu. Bila tiba giliran.. kena beratur diluar dewan. Betulkan ape yang patut. Bersedia jiwa raga. Huu. Akhirnya aku jejakkan kaki di pintu masuk dewan. Fuh. Sikit demi sikit aku langkah kaki naik pentas. Segan malu semua ada. Bila dipanggil nama aku, terus aku menuju ke Pro Chanselor. Jeng.. Kena bersalam. Dia hulurkan sijil sambil bertanya. Aku nak jadi apa nanti. Err. Jawab je. huhu. Lepastu, bahagia turun pentas. Wiwi~ Semua yang ANC kena duduk dalam satu tempat kat belakang. Aku ambik beg kat aku duduk tadi pi duduk kat budak-budak anc. Nama yang last mendapat tepukan gemuruh sebab semua eksited nak keluar dewan.

Lepastu ambik gambar untuk budak ANC dan Pro Canselor then habis semua baru bolehn keluar dewan. Sesak sungguh time nak keluar dengan parents pun keluar dari arah sama kena berhimpit dengan budak2 konvo. Nasib baik aku contact dengan akak aku dan pergi jumpa tempat time sampai awal-awal tadi tak la terpinga-pinga nak cari kat tempat lain. Dan.. semua menanti aku dengan bunga. Waa, banyak bunga. Terharu. Tapi family cakap punya lama tunggu turn aku.

Okay.okay lepas bergambar kat depan tu berpergi bergambar dekat studio dengan family. Sesiapa yang nak bergambar hari ni memang available lagi penuh semua bergambar dengan family. Tapi kalau daftar time hari ambik jubah dia akan bagi diskaun macam tu la. Habis kat studio pi pulak kat stadium. Bergamba sampai puas then aku pi hantar jubah sorang. Nanti dia bagi sekali dengan transkrip dan kI. Hari tu lupa nak ambik sekali dengan kI sebab tak tahu pun kena ambik. Haritu kirim kat kawan pergi ambik kat Shah Alam tu jugak. Bila habis konvo ni lega dah. Boleh pikir balik pasal degree pulak. In sha Allah nak grade degree on time. ! Alhamdulillah sempat jumpa dengan kawan kawan walaupun sekejap. Tu pun masa hari ambik jubah je. dan tu pun tak sempat jumpa semua. Nanti plan betul2 kalau nak jumpa. huhu. So.. nak share gamba siiiiikiiiittt.. :) sikit je.

beratur ambik jubahhh


bersama kawan-kawan UiTM Machang

Rehearsal konvokesyen selepas ambil jubah konvo

luar dewan untuk tetamu yang hadir

dah dapat lepas dari dewan. :) Alhamdulillah


ganjarannya hekhek


p/s: Alhamdulillah.. :)









T-shirt I Am

Assalamualaikum. Menaipnya saya disini adalah untuk menyuarakan satu pendapat. Uhuk. Sebagaimana sekarang popular pulak t-shirt I Am | "nama" . Dari pemerhatian saya, kaum wanita yang memakai baju I Am ni cenderung memakai baju ini dengan meninggikan tudung yang dipakainya. Bagi yang bertudung. Yakni, menampakkan bentuk dada. Adalah tidak baik untuk berbuat sedemikian. Tapi disebabkan baju ini muncul mereka semakin terdorong untuk melakukan hal sedemikian. Hanya untuk memaparkan tulisan I AM | "nama" tanpa mereka sedar mereka tidak menutup dada mereka dengan sempurna. Yela, dah beli baju mahal-mahal takkan tak tunjuk pula kan. Saya tak menipu kerana saya melihat dengan mata saya sendiri. Tapi bukan semua yang berbuat demikian, saya yakin masih ramai yang tahu menjaga 'gaya' mereka. Tujuan saya menaip ini bukan untuk membela diri ini sebagai seorang yang alim, mulia bak muslimah sejati tapi sekadar teguran yang amat kecil bagi saya. Kalau boleh labuhkan sedikit tudung supaya nampak lebih sopan dan manis. In sha Allah. Alhamdulillah ada minggu lepas dekat facebook saya tengok ada baju muslimah labuh juga baju I AM | "nama" ni. Di bahagian hujung bawah baju. Krikkrik. Itu sahaja dari saya. :)



(sumber google)

p/s: Aurat Kita Maruah Kita



Degree Life at UiTM Puncak Perdana



Maka bermulalah bab yang baru dalam hidup aku sebagai pelajar ijazah (IM 246) di UiTM Puncak Perdana dalam bidang Pengurusan Rekod. Ya. Puncak Perdana Shah Alam. Aku akui ada yang tak tahu kat mana UiTM Puncak Perdana ni. Puncak Alam ke? Yea, dekat-dekat la but not Puncak Alam. Puncak Perdana ni kecik je tak besar Puncak Alam tu ya. But know what, I’m so grateful sebab aku dapat kat sini. Memang tak besar tapi Alhamdulillah. 

Okay first day aku datang daftar pagi. Gerak dari Persint 9, Putrajaya dekat rumah pakcik. About 45 minit dari sana. Sampai-sampai jumpa Ihsaan dan Tirah. Farah dah ada kat dalam. Geng aku yang memang nak satu bilik seramai 8 orang. Disebabkan kami sampai agak awal kena tunggu lagi 4 orang. Sampai dalam kul 9 tapi pergi daftar kul 10.30. -.- One by one sampai. Fiza, Aida, Anis dannn Fizah. Punya taat setia kami tunggu. Lastly, dapat bilik tingkat 5. Blok 4 Laman E Tingkat 5 Hujung Sekali, 20. Huhu. Masa nak daftar, banyak pulak borang nak kena isi. Pen pulak tak bawak. Settle semua masing-masing berpecah pergi ambil barang semua. Beg, baldi semua tak kurang sikitnya. Kesian ma abah kakak adik pakcik angkut barang aku yang banyak nih. :D Smpai bilik letak barang. Cantik gak. Comfortable la. Setup barang sikit-sikit lepastu pergi keluar makan kat kedai belakang. Kandang. Kandang tu tempat makan. Sebelum masuk sini aku pernah survey blog-blog senior pasal kandang. Ok stop. Lepas parking terus serbu kedai kat tepi je. Makan pun sikit je takde seleralah katakan. Dah abis makan family hantar balik kat kolej. Sebak time ni nak berpisah. Lagi-lagi mak kita. Tak pernah jauh-jauh dengan family. Ma cakap jaga diri, abah cakap takpe kan ramai lagi kawan tu.. Lepastu babaiibabaii.. semua balik. Aku naik atas kemas-kemas bilik. Hari tu takde buat ape. Rehat saja.

Oh ye. Kolej ni namanya Kolej Jasmine. Semua pelajar lelaki or perempuan duduk dalam satu kawasan nih. Semuanya 5 blok. Kolej 1 kolej lelaki, kolej 2,3,4 kolej perempuan, kolej 5 separuh perempuan separuh lelaki. Bunyi cam ngeri je campur lelaki perempuan kan. Tapi divided la. Rumah macam apartment. Satu rumah ada 3 bilik. 2 bilik air. Washing machine ada provide di setiap blok bukan rumah. Bilik pertama master room, empat orang. Setiap orang kena bayar RM210. Maknanya satu bilik RM840. Dua bilik lagi single room. Dua orang satu bilik. Satu bilik pun RM840. Setiap orang akan bayar 420 seorang. Gulp kan. Lain bilik lain bayarannya. Pengecualian bayar bilik nih ada. Bagi yang kurang berkemampuan dan bagi pelajar yang aktif berpersatuan. 

Alhamdulillah semua kemudahan ada kat UiTM Puncak Perdana ni. Ada kafe, surau, unit kesihatan, klinik gigi, gelanggang badminton, gelanggang futsal, atm, gym, basikal, snooker, dan lain-lain. Pelajar yang tidak tinggal di kolej akan menetap di rumah sewa ataupun apartment berhampiran Uitm ni. Kat sana ada swimming pool dan taman permainan. Tak sure kat mana. Aku tak pernah pergi lagi tapi ada la kawan-kawan yang dah pergi. hoho

Hari kedua baru keluar dengan kawan-kawan diploma pergi kandang sambil kenal-kenal fakulti. Dekat dan kecik sangat. Tapi boleh tersesat jugak kalau cari kelas nih. Hari-hari berikutnya Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Dak-dak kelas pun dari Mache dan Alhamdulillah dapat kenal ramaiiii kawan baru. Bekalan air sering terputus sebab catuan bekalan air kat Selangor ni. Maunye penat angkut air dari bawah sampai tingkat 5. Setelah sebulan lebih tak balikkkk dari 3 march akhirnya balik pada 11 april. Rindu semua kat rumah. :D


Persint 9, cantik tempat ni :)

Semua cukup.

fakulti 

kelas


kolej


ruang tamu rumah




p/s: gambar tu je ada, nanti ade masa upload lagi. :) Btw, persiapan ke degree tak sama macam diploma. Time diploma laju je buat itu ini, degree slow sikit. hiks. Love Puncak Perdana ;*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...