Jom Bantu Saudara Kita: Aman Palestin


Assalamualaikum. Mari kita sama-sama membantu saudara seagama kita yang berada di Gaza dan Syria. Pelbagai bentuk bantuan yang ada. Page facebook " Aman Palestin " memberi maklumat yang terkini mengenai Palestin.

Di atas adalah cara untuk menderma melalui SMS: 

1. Taip PALESTIN 10 (Jumlah sumbangan minima RM1 dan maksima RM10. Jika mahu menyumbang lebih, anda perlu buat dua kali transaksi)
2. Hantar ke 39111
3. Transaksi berjaya sekiranya menerima mesej ini 'RM10.00 Terima kasih kerana menderma untuk tabung Aman Palestin.' 
* Terbuka kepada telco Maxis, Digi dan Celcom sahaja.* Caj SMS adalah bergantung kepada telco yang digunakan pengguna.
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”

( HR Muslim dan Tirmidzi )

Tanggalkan Kaca Matamu , cc: Budak tomato

Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.

*tampar diri sendiri*

Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.

Diri,

Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila di hina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.

Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. Realiti? Kau hancur. Sudah-sudahlah.

Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main dota boleh pula rajin kan? Exam buat nak tak nak, tapi result nak gempak, kan? Ibadah nak cepat, tidur nak lama, makan nak sedap, rumah nak bersih, duit nak banyak, Al Quran? Ah satu dua muka surat sehari kira okay lah tu. Kan?

Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear ibadah, cukup ala kadar. And then kau expect diri nak masuk syurga? Sedarlah diri tu, sedar.

*nangis*


Awak yang diberi keizinan mengawal jasad,

Awak sedar tak semua yang Allah bagi ni pinjaman? Awak sedar tak duit berkepuk-kepuk dalam dompet tu semua Allah yang punya? Awak sedar tak awak bernafas tu atas izin siapa? Awak sedar tak masa lapang awak terbazir sia-sia? Awak sedar tak masa yang dah berlalu tu tak boleh di ulang semula? Awak sedar tak hidup awak diperhatikan Dia? Awak sedar tak jantung awak tak berhenti berdegup waktu awak buat dosa tu atas rahmat dan kasih sayang siapa?

Sedar tak awak?

Awak masih tak sedar?

*lempang diri sendiri lelaju*


*tulis surat untuk diri sendiri*

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda



*tarik nafas dalam-dalam*


Dia tahu aku down. Dia tahu aku penat. Dia tahu aku lemah. Dia tahu aku lelah. Dia tahu betapa hancur luluh hati aku. Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terus melangkah. Dia tahu.

Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.

Surah Al Mulk. Ayat 13.

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

Nangis.

Argh! Pedih. Hati ni pedih. Sakit.

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Allah sayang aku. Allah tahu aku mampu. Sebab tu Dia terus terusan bagi aku ujian. Dia bukan benci aku. Tapi sebab ujian yang hebat cuma untuk orang yang hebat.

Ajaib urusan mukmin, bila ditimpa musibah, mereka bersabar. Bila diberi nikmat, meraka bersyukur.

Rasa macam...

Beriman ke aku ni? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.

Lalu aku duduk. Mata masa habuk.


Digelar 'pendakwah' bukan satu yang boleh dibawa main. Ini amanah, dan perkara yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah.



"Kau tahu tak, kebanyakan pendakwah ni kaca. Cuma segelintir saja yang mutiara."

"Apa maksud kau?"

"Kaca tu benda senang nak dapat. Rapuh pula tu."


"............."

"Mutiara tu mahal. Susah nak dapat. Tahan lasak, susah pecah, kuat."

Diam. Nak marah, ada betulnya. Nak setuju, hati macam taknak terima.

"Aku taknak kau termasuk dalam kategori kaca. Sebab kaca dan mutiara, kilauannya sama. Tapi, nilainya berbeza."

"Apa yang boleh buat aku jadi mutiara?"

"Buang riyak. Buang rasa bangga diri yang tumbuh dalam ni."


Katanya sambil tepuk dada aku beberapa kali.

Terasa semacam terkena renjatan elektrik. Pedih tertusuk sampai ke ulu hati.

"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."

"Contoh manja?"

"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putus asa."


Jeda seketika.

"Lagi?"

"Muhasabah diri. Apa negatif yang ada dalam diri, besar kemungkinan, ia termasuk dalam kategori manja tu."


Lalu dia pergi.

Termenung.

Kawan tu, yang datang dan tegur untuk sama-sama perbaiki. Bukan sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi.


Lalu aku tanggalkan kaca mata ini. Kaca mata yang menunjukkan segala kebaikan yang pernah aku buat. Mula melihat dosa yang aku buat selama ni dan aku abaikan kononnya Allah tu sifatnya bukan Maha Melihat.


indah penulisan dia :)

Kami Tahu Tapi Kami Tak Buat


Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita seding menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala

🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?



p/s:Samasama muhasabah diri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...