Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

amin.. :)

Tahun Baru 2012 :))

Assalamualaikum~
mula-2 sekali aq mengucap sykur alhamdulillah thadap Ilahi sebab masih mengurniakan dan memanjangkan umur aq tuk tahun nie.. aq dah pun umur 18, 2 bulan lebih ag nak masuk 19 tahun.. syukur sangat-2
YA ALLAH
Mase kejap je berlalu.. ari ni 1 JAN 2012.. tahun yang mungkin gamat bagi penduduk negara2 
dibumi.. sebelum masuk nye tahun 2012 nih, dulu tahun 2011 banyak kite dengar pasal bencana2 alam, perbalahan berunsurkan politik, hubungan kekeluargaan yang 
semakin regang. Semua ini adalah tanda2.. lagipun sekarang kite ni, berada d zaman yang terakhir.. 
aq berharap tahun nih aq dapat menjadi insan yang lebih baik~ 
amin.. tiada yang dapat meredhai kite selain PENCIPTA kite,.
 kite d dunia hidup sebagai khalifah Dia.. kite diberi amanah yang 
cukup besar..,. semoga dapat mencari bekal untuk waktu KEKAL..

hope tahun nih tahun yang bermakna buat kite semua :))























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...