Wedding Kak Long

Assalamualaikum. Terasa rindu nak update blog aku yang tercinta ni. Okay, berkait dengan tajuk entri nih, aku nak share lah sedikit sebanyak pasal wedding kak long aku yang berlangsung di kampung halaman aku kat Manek Urai. Awesome and wonderful. Akhirnya dia dah diangkat sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang dah 7 tahun dia kenal. Jodoh katakan takkan kemana. Aku la yang sedih pulak, dia lah kak long yang satu-satunya aku ada, kitorang nih dah macam kembar, yela walaupun beza 2 tahun tapi kitorang rapat. Sama-sama kongsi cerita dan sebagainye lahh. Untuk buat persiapan betul2, kitorang balik kampung awal. Kebetulan tengah cuti sekolah. Pakcik makcik yang tinggal kat kL, penang pun balik agak lewat disebabkan keje, so kitorang satu family n nenek ngan atok tolong skali. 

Malam akad nikah, 31 Mei. Agak berdebar tengok akak aku ni. Mujurlaa masjid dekat takyah nak debar2 sangat. haha. Aku lah yang bantu dia, pegang tu pegang ni. Tok imam/kadi ni nampak tegas giler, wali, saksi, apatah lagi bakal abg ipar aku ngn kak long mesti berdebar. Yela, dia buat interview kejap kat pejabat tu. Kitorang yang kat luar ni bersalaman ngn keluarga bakal abg ipar aku,. Abg Edy. Dah selesai, dorang keluar dari pejabat dan proceed ke acara akad nikah. Semua ambik tempat duduk,. Ingat terus akad, tapi tok imam/ tok kadi tu cakap nak bagi nasihat kejap. hmm, Dalam 5 minit lebih jugakk. Dia mintak semua selawat.. istighfar. Bagus jugak camni. Then dia terus bersalam ngan abg Edy. Mulalah diakad nikahkan Maizatul Shanida bt Zulkafli dengan Zubaidi bin Md Bakri. Selesai. Skali lafaz! dia sah jadi isteri kepada abg Edy. 

Selesai tu, semua keluarga abg edy pergi menjamu selera kat umah kami dan mulah bergambar untuk pembatalan air sembahyang. *Kenapa tak batal air sembahyang kat masjid td ?? Sebabnya tok imam kat sini tak bagi, lepas siap akad nikah haa boleh balik terus, tu la berlaku kat kg ni. Ramai yang cakap cmtu la.. Yang menariknya lagi, jikalau ADA pengantin perempuan yang pakai pakaian yang kainya JARANG, IKUT BODY/KETAT, no way terus pergi acara akad nikah, Dia akan bagi pengantin perempuan tu, satu baju jubah, hah pakai la, lebih afdal daripada pakai baju pengantin macam tu. Nampak macam 'ade ke patut macam tu'.. tapi ini lebih baik sebab diajarnya jugak cara-cara beradab di masjid. Betul tak? Tak betul takpelah.. huhu. Ni realiti, memang pernah terjadi. Mak andam yang pakai baju ketat pun tak di bagi masuk tau. :) *

Okay. Lepastu bergambar la kat pelamin. Ha, tema belah pihak kami warna merah putih. So, nnti semua pakai merah.. :) Dorang sangat sweet. :) 




masa yang ditungu-tunggu


dengan ma dan abah

bersalaman

nak jugakk






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...